Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat. Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majlis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara-mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah Subhanahu wa ta’ala . menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Berkenaan dengan sejarah perkahwinan, agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain, bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.
Jenis-jenis perkahwinan adalah seperti poligami, poliandri dan monogami. Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu. Manakala poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami) . Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. Kemudian, monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik) .
Hukum-hukum perkahwinan dalam Islam adalah wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. Sunat pula kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan. Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin. Makruh pula kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat dan haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah) , tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan adalah untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman, memelihara kesucian diri, melaksanakan tuntutan syariat, menjaga keturunan, sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak, dapat mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab dan dapat mengeratkan silaturahim.
Pemilihan calon pula, Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini. Antaranya ialah dari segi ciri-ciri bakal suami, dia hendaklah beriman & bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala , bertanggungjawab terhadap semua benda, memiliki akhlak-akhlak yang terpuji, berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar, tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya dan rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga. Ciri-ciri bakal isteri pula hendaklah dia beriman & solehah, rupa paras yang cantik dan elok, memiliki akhlak-akhlak yang terpuji, menentukan mas kahwin yang rendah, wanita yang subur, masih dara, berasal dari keturunan yang baik dan bukan keturunan terdekat.
Rukun nikah pula ialah pengantin lelaki dan pengantin lelaki itu hendaklah beragama Islam, lelaki yang tertentu, bukan lelaki mahram dengan bakal isteri, mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut, bukan dalam ihram haji atau umrah, dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan, tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa, mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri. Selain itu mestilah mempunyai pengantin perempuan dan dia hendaklah beragama islam, golongan perempuan yang tertentu, bukan perempuan mahram dengan bakal suami, bukan seorang khunsa, bukan dalam ihram haji atau umrah, tidak dalam idah, dan bukan isteri orang. Kemudian, wali pula hendaklah yang Islam, bukan kafir dan murtad, seorang lelaki dan bukannya perempuan, sudah baligh, dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan, bukan dalam ihram haji atau umrah, tidak fasik, tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya, seorang yang merdeka, dan tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya. Seterusnya, dua orang saksi yang semestinya sekurang-kurangya dua orang, beragama islam, berakal, baligh, lelaki, memahami kandungan lafaz ijab dan qabul, boleh mendengar, melihat dan bercakap, adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil) dan merdeka dan akhir sekali ialah ijab dan kabul (akad nikah) dan syarat ijab ialah pernikahan nikah hendaklah tepat, tidak boleh menggunakan perkataan sindiran, diucapkan oleh wali atau wakilnya, tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (nikah kontrak e.g.perkahwinan (ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah) , dan tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan) kemudian syarat qabul ialah ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab, tiada perkataan sindiran, dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu) , tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (seperti nikah kontrak) , tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan) , menyebut nama bakal isteri, dan tidak diselangi dengan perkataan lain.
Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat. Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Contohnya seperti adat temenggung, dalam memilih menantu, banyak perkara yang ibu bapa memberi perhatian dan pertimbangan. Gadis yang dipilih hendaklah dari keluarga yang secocok dengan mereka. Perangai serta tingkah laku mesti baik, ikhlas dan sempurna. Begitu juga daripada aspek-aspek pengetahuan agama dan bidang pelajaran, jika gadis itu bersekolah. Apabila berbincang dengan saudara yang memilih gadis itu, banyak perkara lain yang dibangkitkan. Akhirnya, setelah berpuas hati dengan gadis itu barulah mula dijalankan kerja-kerja untuk meminang. Kerja-kerja meminang diwakilkan oleh ibu bapa pihak lelaki kepada sudara maranya. Apabila peminangan dipersetujui ada yang menghantar tanda sebagai mengesahkan peminangan. Tanda yang biasa dihantar ialah sebentuk cincin emas bersama dengan hadiah lain seperti kain dan kuih-muih. Dengan adanya 'tanda' itu, si gadis itu dianggap sudah bertunang. Sewaktu menghantar tanda, ditetapkan tarikh menghantar belanja dan akad nikah. Ketika menghantar belanja, pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dan kedua-dua pihak akan menyampaikan serta menerima hantaran yang ditetapkan. Dahulu wang hantaran digubah dalam pelbagai bentuk atau dibungkus dengan menggunakan kain baldu atau kain yang bersulam dengan begitu indah sekali. Iringan-iringan lain termasuk sirih junjung, bunga rampai dan hadiah-hadiah seperti pakaian, alat solek, buah-buahan dan pemanis seperti kuih-muih. Cara menjemput perkahwinan pada masa dahulu bukanlah melalui kad jemputan tetapi pihak ibu bapa atau saudara mara pengantin pergi dari rumah ke rumah untuk menjemput ke majlis perkahwinan. Mereka membawa tepak sirih dan terus menjemput serta meminta saudara mara dan sahabat handai datang ke majlis.
Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang. Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang. Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.
Adat istiadat merisik dan meminang dalam masyarakat Melayu bukan sahaja dituntut dalam agama bahkan ditagih dalam adat. Ia merupakan permulaan istiadat di mana pihak lelaki menghantar seorang wakil ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Walaupun telah diketahui peminangan tersebut akan diterima, namun syarat menghantar wakil perlu dilakukan sebagai membuka tirai kira bicara. Upacara ini dilakukan, untuk melahirkan tujuan mereka sebenarnya secara rasmi. Ia dilakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Amalan ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak dipinang. Setelah tiba masa yang sesuai, wakil tadi akan berterus terang tentang hajat mereka sebenarnya. Kebiasaannya semasa upacara ini, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang, kapur dan gambir. Tepak sirih ini dipanggil sebagai sirih meminang. Jika peminangan tersebut diterima maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan sebagai tanda penerimaan. Manakala cincin tanda sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara pertunangan. Selesai sahaja upacara ini, kedua-dua belah pihak akan membawa tepak sirih ke tengah untuk disantapi sebagai tanda gembira dan kata sepakat. Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa. Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat. Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.
Peminangan dan Pertunangan dari sudut Islam dilakukan dengan tujuan untuk mengenali sifat lelaki yang baik, untuk mengenali wanita yang salih, dan mencari isteri yang manis rupanya selain untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Namun apa yang sering berlaku kala peminangan, apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan, bila diterima pula akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan, dan apabila dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.
Kemudian pernikahan, sebaik-baiknya biarlah majlis akad nikah dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini luas, terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik. Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Berbanding sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi jika rumah pengantin perempuan kecil dan sempit. Maka pada hari itu tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempat majlis akad nikah itu dijalankan. Selain mengganggu pengantin lelaki, sepatutnya wanita mesti berada di dalam bilik atau di tempat yang diletakkan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada kaum lelaki. Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan. Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tari-menari. Upacara akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan atau pun di masjid. Pada majlis itu barang-barang hantaran diletakkan di depan pengantin lelaki. Semasa upacara akad nikah, hantaran diserahkan kepada wakil pengantin perempuan. Pengantin lelaki sewaktu akad nikah duduk di atas tikar bersila berhadapan dengan imam. Imam mambacakan khutbah nikah, meminta pengantin lelaki membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan itu. Seterusnya pengantin lelaki dibawa berjumpa pengantin perempuan di dalam bilik pengantin untuk menyerahkan wang mas kahwin kepadanya. Untuk melakukan upacara membatalkan air sembahyang, pengantin lelaki bersalam dengan pengantin perempuan atau menyentuh dahinya.
Upacara berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Ahli keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara berinai. Selepas itu pengantin perempuan naik ke pelamin setelah pengantin lelaki keluar dari pelamin itu dan upacara berinai dijalankan. Kemuncak bagi majlis perkahwinan ialah majlis bersanding yang diadakan di rumah pengantin perempuan pada mulanya. Pelamin diserikan dengan bunga-bunga hidup, kain-kain yang cantik dan lampu-lampu yang berwarna-warni. Pengantin perempuan duduk di sebelah kiri pengantin lelaki. Mereka memakai pakaian yang cantik tetapi tidak sama jenisnya. Mereka bersanding selama 15 atau 20 minit dengan direnjis tepung tawar oleh sanak saudara. Selepas doa selamat dibacakan barulah selesai majlis bersanding dan mereka masuk ke bilik pengantin. Disitulah mereka diberi makanan dan makan bersama ahli-ahli keluarga. Keesokan hari diadakan majlis bersanding di rumah pengantin lelaki. Itulah cara tradisional majlis perkahwinan bangsa kita.
Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya. Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.
Pengertian walimah ialah membuat jamuan kenduri selepas akad nikah. Hukum perayaan walimatul-urus (kenduri perkahwinan) , sebahagian ulama menyatakan wajib dan ada juga yang menyatakan sunat. Dimaksudkan juga hendaklah mengadakan walimah mengikut kemampuan suami dan seeloknya tidak membazir, tidak ada perkara kemungkaran seperti nyanyian muda-mudi dan permainan alat-alat muzik yang ditegah syarak, diasingkan tempat jemputan lelaki dan perempuan, tidak diadakan majlis persandingan kerana itu bukan syariah Islamiah, pelayan tetamu hendaklah lelaki untuk tetamu lelaki manakala perempuan untuk tetamu perempuan, tidak daripada wang, makanan dan minuman yang haram, dan selain jiran tetangga, saudara-mara dan sahabat handai, jemputlah fakir miskin dan alim ulama. Namun yang sering menjadi amalan dan bercanggah dengan syariat Islamiah; biarpun kenduri diadakan di dewan serbaguna yang luas dan lengkap kemudahan kerusi meja namun tidak dititikberatkan kawalan akhlak. Jemputan lelaki dan perempuan bercampur gaul, duduk sebelah-menyebelah, berhadapan bertentangan muka tanpa pengasingan lelaki dan perempuan. Bukan itu sahaja malah kedua pengantin ditempatkan bersama-sama para jemputan kenamaan dan bercampur lelaki perempuan tanpa segan silu. Di samping itu diperdengarkan pula alat-alat bunyian yang mengkhayalkan atau lagu yang didendangkan dengan tujuan agar jemputan terhibur. Dan kemuncak walimah apabila jamuan selesai, kedua pengantin berdiri di pintu keluar. Menunggu jemputan balik sambil berjabat tangan tanpa menghiraukan bersalam tanpa lapik dengan mereka yang bukan muhrim yang hukumnya haram.
Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.
Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan. Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.
Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.
..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com