Tedapat di didalam Al- Quran, di dalam surah Al-Mukminun (Ayat 12-16) dimana dinyatakan keadaan- keadaan keterunan Adam dari sejak segumpal tanah dan air sampai akhirnya dibangkitkan pada hari kiamat.
Awal mula kejadian adalah:
Segumpal tanah lumpur setitis air yang hina(air mani) alaqah(segumpal darah hitam)
Anggota badan(wajah, rupanya dan bentuk) mudhghah
Jangka waktu mengandung
Mengenai lamanya waktu mengandung ada diterangkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala didalam Surah Al-Ahqat (Ayat 15).
Para ilmuwan berbeza pendapat dalam menentukan waktu yang paling panjang untuk mengandung.
Kesihatan ibu dan janinnya
Bayi muslim yang kuat dan sihat bergantung kepada kesihatanya. Mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada mukmin yang lemah (hadis).
Terdapat beberapa nasihat ilmiah untuk isteri yang sedang mengandung:
• Memperhatikan ketahanan kesihatanya selama mengandung, iaitu dengan makan yang teratur dan makanan yang sesuai. Menjaga kesihatan secara umum sehingga tidak mendatangkan bermacam-macam penyakit dan bahaya pengaruhnya terhadap janin. Ubat-ubatan dan ramuan tertentu yang digunakan ketika hamil, biasanya akan membawa kesan sampingan terhadap janin bahkan mampu menyebabkan kecacatan jasmani kepada janin.
• Seorang isteri hendaklah bersiap sedia sebelum mengandung dengan membiasakan diri dengan bersenam setiap hari dan melakukan latihan-latihan olahraga yang sesuai ketika mengandung yang dapat menguatkan otot-otot ibu dan membantunya ketika melahirkan anak. Olahraga berjalan kaki merupakan salah satu latihan yang baik dan manfaat, lebih-lebih lagi semasa bulan-bulan terakhir kehamilan.
• Memperbanyakkan istirehat dan tidak boleh terlalu penat.
• Sering mandi.Sebaiknya mandi dengan air suam-suam kuku kerana air sejuk dan air yang panas akan memberi pengaruh yang berbahaya secara tidak lansung.Berhati-hati jangan duduk dilantai bilik air ketika mandi setelah bulan kelapan mengandung bagi mengelaknya masuk kuman-kuman.
• Perhatian khusus mesti diberikan pada bulan-bulan terakhir mengandung, iaitu pada empat bulan terakhir. Setiap kali hendak mandi, kedua-dua paha dan perut bahagian bawah mesti digosok dengan minyak zaitun hangat bagi melancarkan otot-otot. Buah dada mesti dijaga dengan baik. Kedua putingnya hendaklah disapu dengan campuran minyak khusus, kemudian dibiarkan mengering sehingga lima minit. Kedua-dua buah dada diusap baik dengan minyak zaitun hangat.Amalan ini dapat menghindarkan pecahnya putting ketika menyusukan anak.
• Si ibu mestilah secara teratur memeriksa kandunganya, air kencing dan tekanan darahnya serta pemeriksaan-pemeriksaan yang lain.
• Si Ibu hendaklah sentiasa menjaga dengan baik menu makanan, dengan memperbanyak makan buah-buahan, sayur-sayuran, susu dan biji-bijian beserta kulitnya. Contoh makanan lain ialah, buah kelapa, buah zaitun, madu, kurma, dan tairu untuk memberikan kehangatan yang lebih.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kejiwaan.
• Minuman-minuman alkohol yang diminum oleh seorang ayah yang ketagihan akan mempengaruhi benih keturunan. Ia akan mengakibatkan kecacatan otak dan saraf. Dan lebih teruk lagi jika isterinya juga termasuk penagih minuman tersebut.
• Tembakau yang beraneka macam bentuknya seperti rokok dan sejenisnya akan memberi kesan terhadap janin dan pertumbuhan saraf. Sudah terbukti bahawa setiap racun yang ada dalam tembakau dikiaskan dengan racun-racun lain adalah melemahkan ghairah dan semangat penagihnya juga merosakan plasma yang ada di dalam sel-sel murni keturunan bagi laki-laki dan perempuan.
• Keadaan jiwa ibu yang sedang mengandung sangat mempengaruhi penyerapan makanan. Keadaan ibu yang tenang dan tenteram akan membantu penyerapan makanan yang akhirnya sampai kepada janinnya.
KELAHIRAN BAYI
Membacakan azan dan iqamah
Islam mensyariatkan agar bayi dilahirkan hendaknya segera diazankan pada telinga kananya dan diqamatkan pada telinga kirinya, iaitu saat setelah dilahirkan.(sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .)
Azan dapat memberikan kesan positif pada jiwanya dan mempengaruhi dirinya walaupun belum dapat merasakn faedah yang lain iaitu ketakutan syaitan dari kata-kata yang ada dalam azan. Sedangkan syaitan adalah pengangu manusia semenjak dilahirkan.
Menghanakkan Bayi
Menghanakkan bayi bermaksud mengusap mulut bayi dar dalamnya dengan kurma yang sudah dilembutkan. Apabila kesulitan mencari kurma maka boleh diganti dengan apa saja yang rasana manis untuk mengakkan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .
Tujuan ini adalah untuk mempersiapkan bayi untuk disusukan.Sebaiknya orang yang mengahanakkan bayi itu adalah orang yang bertaqwa agar memperoleh berkat. Terdapat di dalam Hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan bahawa baginda telah menghanakkan anak-anak kaum Anshar. Sebgai contoh Abdullah bin Zubeir, anak kaum muhajirin pertama yang dilahirkan dalam islam.
Menggunting rambut
Apa-apa yang diajarkan di dalam islam kepada mestilah mengarah kepada 3 tujuan iaitu:
1. Bagi memperkukuhkan hubungan bagi seorang hamba dengan Tuhannya dengan ikatan ibadah dan doa.
2. Untuk Kemaslahatan perseorangan kepada dirinya, diantaranya, kesihatan seorang muslim
3. Untuk membina hubungan kemasyrakatan yang menjadi teladan antara sesama manusia yang didorong oleh rasa belas kasihan kaum kaya terhadap kaum fakir miskin, secara zahir dan batin.
Mencukur rambut merupakan salah satu perlaksanaan yang sederhana untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut, iaitu:
• Berusaha mendekatkan diri kepada keredhaan Allah dan mengikuti ajaran-ajaran sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam .
• Merupakan latihan kesihatan yang baik kerana mengunting rambut bererti menyihatkan dan menghilangkan kelemumur rambut kepala.
• Ia juga merupakan satu jalan untuk bersedekah agar menjamin hubungan sosial dan ekonomi bagi masyrakat kerana mengunting rambut ada hubungannya dengan perak yang disedekahkan setelah ditimbang seberat rambut anak itu.
• Dimulai dengan menggunting rambut sebelum menyembelih yakni menyembelih aqiqah dan barangkali untuk membezakan antara aqiqah dengan manasik haji agar tidak sama.Biasanya, menggunting rambut dilakukan ketika bayi berumur 7 hari
Aqiqah
Apakah Aqiqah?.-
- Aqiqah dari segi bahasa adalah rambut yang ada pada bayi ketika dilahirkan.
- Aqiqah juga bererti memutuskan hubungan, dari segi syarak pula bermaksud menyembelih kambing untuk bayi.
- Didalam islam, aqiqah di laksanakan dengan menyembelih kambing dan menguntingkan rambutnya kemudian disapukan kepalanya dengan kunyit.
Hikmah dan syarat-syaratnya:
• Mengiklankan kegembiraan kerana dapat menegakkan syariat islam dan kerana bertambahnya satu jiwa baru muslim yang sujud menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala . di dunia.
• Sebagai korban dari anak itu sejak mula diea keluar ke dunia ini.
• Ketika menyebelih, bacaan nya sama dengan bacaan untuk korban, iaitu membaca basmalah.
• Memasak, sebaiknya dagingnya tidak dipisahkan daripada tulangnya ketika mentah untuk memudahkan orang-orang miskin dan untuk menambah kebaikan.
• Umur kambing sebagaimana umur kambing yang diperintahkan dan hendaklah bebas daripada penyakit dan kecacatan.
• Tidak boleh berkongsi didalam aqiqah
• Sebaiknya aqiqah disembelih atas nama bayi itu, sebaiknya dilakukan pada saat terbit matahari.
• Sunatnya meyedekahkan dan membahagikan daging dalam beraqiqah sama dengan sunatnya dalam korban.
Memberi nama
Nama menunjukkan keperibadian dan kecekapan seseorang memberi nama.
Waktu dan siapa yang menamakan :
• Dari hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . menunjukkan bahawa kita boleh menamakan bayi kita pada saat dia dilahirkan hingga hari ketiganya atau diakhir hingga hari aqiqah, sebagaimana boleh juga sebeleum dan sesudah itu.
• Ayah adalah orang yang berhak memberikan nama seandainya terdapat perselisihan diantara ayah dan ibu ketika memberikan nama,
Manusia hendaklah memanjatkan puji syukur kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . atas pemberian taufiqnya ketika memilih nama yang sesuai.Oleh kerana itu nama-nama itu dipilih dengan berdasarkan taufiq Allah terhadap hambanya. Semestinya kita hendaklah menjauhi nama-nama yang dapat menjurumuskan kita ke dalam jurang kesyirikan.
Khitan
Khitan juga nama perbuatan orang yang melakukan khitan dan jga nama anggota yang disunat.
Khitan termasuk di antara amalan-amalan dalam agama yang telah disyriatkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . terhadap hamba-Nya. Orang-orang dar kalangan kaum Muslimin yang belum menjalankan khitan sebelum menginjak usia dewasa dianggap sebagai orang yang berdosa, bahkan oleh seorang pemimpin digolongkan seperti orang-orang kafir.
Fitrah ada 5 pekara iaitu: Khitan, memotong rambut kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.Fitrah disini bermaksud fitrah yang untuk mensucikan badan.
Waktu Berkhitan : Setelah seminggu barulah boleh dilaksanakan khitan ini pada bila-bila masa sahaja, tetapi lebih awal lebih baik.
Lelaki Perempuan
Wajib sunat
KEPERIBADIAN ANAK
Membina anak secara teratur di setiap saat dan kesempatan bertujuan adalah untuk membina keperibadiaan anak tersebut dengan memperhatikan juga faktor-faktor keturunan.
Pendidikan yang intensif untuk pembentukan keperibadian anak adalah untuk mencapai tujuan:
• Mengembang dan meningkatkan bakat positif, kecekapan budi pekerti dan cita-cita yang baik
• Bagi meluruskan cita-cita dan tabiat yang kurang baik dan yang merosak akhlak yang terpuji.
• Untuk merealisasikan bahawa tujuan sebenar daripada penciptaan manusia adalah pengabdian terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala .
Anak yang Kuat Jiwanya
Solat dan Keadilan adalah di antara unsur-unsur kekuatan jiwa anak. Unsur-unsur ini akan sempurna dengan tertanamnya iman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . dan dengan rukun-rukun islam, solat, puasa zakat dan haji bagi yang berkemampuan, serta memahamkannya bahawa hukm-hukum syariat islam adalah sebagai jalan keluar yang paling baik untuk memecahkan segala masalah manusia di atas bumi ini.
Fitrah anak
Tidak terbayang oleh seseorang bahawa tuntutan agama yang lurus, teladan-teladan dan akhlak tidak mudah diterima olah seorang bayi begitu sahaja. Bayi itu lahirnya dengan fitrah tauhid, fitrah akidah iman kepada Allah dan fitrah kesucian.
Kesalahan yang meluas
Agar tidak gagal dalam membina mental keimanan untuk keperibadian seorang anak, maka kita mesti berhati-hati dengan gejala-gejala moden seperti :
Segala sesuatu diukur dengan harta benda. Hal ini tercermin di dalam perbualan ibu bapa serta perbincangan mengenai segala urusan hidup dan sentiasa mencari harta yang banyak tanpa melihat halal dan haramnya.
Menyekolahkan putera puteri kita di sekolah-sekolah orientalis asing. Maka kita akan sulit menjiwai bahasa Arab, bahasa Al-Quran yang akhirnya kita tidak dapat mengetahui maksud-maksud ayat Al-Quran serta kemukjizatnya. Yang lebih parah lagi petadbiran itu tidak sesuai dengan budaya kita sebagai seorang anak muslim dan mampu menggugat iman yang ada pada anak-anak.
Mengumpulkan bahan-bahan bacaan yang beracun, iaitu berisi fikiran-fikiran dan falsafah-falsafah sesat yang merosakkan fikiran anak-anak kita yang masih hijau yang belum sempurna kemampuan berdiskusinya dan kesedarannya untuk menunjukkan kepalsuan falsafah-falsafah buatan manusia itu.
Memasuki organisasi-organisasi atau pertubuhan yang tidak bercorak agama dan memasuki pergerakan-pergerakan yang tidak ada kaitannya dnegan akidah Islam. Semuanya itu akan menjauhkan anak-anak daripada suasana keagamaan
Pertelingkahan sengit di antara ibu bapa di hadapan mata anak-anak akan boleh menghancurkan perasaan mereka dan akan menyuramkan pandangan hidup mereka. Sedangkan Islam adalah agama yang mengundang kepada optimisme dan kehidupan yang baik.
Berdusta, mencerca dan mencaci. Luapan emosi yang memuncak di dalam kehidupan manusia masa kini boleh mengakibatkan di luar kesedaran agamanya, dia memaki dan mencerca.
Bertaklid dan mengikut.Ini adalah penyakit dunia, hanya sahaja ianya lebih keras di kalangan masyarakat islam disebabkan kemunduran dalam hal ekonomi dan ilmu.
Anak yang Kuat Jasmani
Agama Islam sentiasa mengajak kita untuk memanfaatkan kemajuan teknologi di samping menyuruh kita menyumbang kemajuanya. Maka bagi seorang muslimah hendaknya mengikuti perkembangan kemajuan terakhir dalam ilmu perubatan yang ada kaitanya dengan bayi, agar bayi muslim kita sihat badanyaa dan bermanfaat bagi dirinya, keluarganya dan agamanya.
Panduan makanan
Anak yang jasmani dan kesihatanya dalam keadaan baik, mempunyai potensi kuat untuk keperibadianya.Oleh itu, kesihatan jasmani mestilah berjalan seiring dengan kesihatan jiwa untuk menuju kepada keperibadian yang baik yang tidak mengenal kesusahan sama ada ketika menghadapi penyakit atau cabaran hidup.
Menyusukan
Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk kehidupan anak di dalam bulan-bulan pertama. Susu ibu memberikan semua keperluan bayi kecuali zat besi dan vitamin D.
• Sebelum menyusukan anak, yang mesti diperhatikan adalah putting-putting dalam keadaan bersih
• Seorang ibu boleh menyusukan anak selepas 12 jam dari melahirkan atau boleh ditunda sehingga 24 jam melihat keadaan anak.
• Setelah itu, penyusuan dilakukan pada setiap 3 jam atau 4 jam sekali.Susuan anak bertambah dari satu minggu ke minggu ke lain.
• Jika kekurangan susu, si ibu boleh memberinya sedikit tambaham air atau campuran alenson atau karawiah, iaitu sebanyak satu sudu kecil setiap 3 jam pada hari pertama, kemudian ditambah satu sudu besar pada hari kedua.
• Selepas menyusukan, hendaklah disendawakan iaitu dengan memegang anak lurus sambil menyandarkan kepala pada bahu kita kemudian belakangnya ditepuk-tepuk perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi sendawanya.
Peringatan-peringatan
• Ibu hendaknya menjauhi makanan-makanan yang boleh mengubah rasa susu terutama bawang putih, kubis, dan lobak kerana boleh mengakibatkan cirit birit pada bayi. Selain itu, disebabkan juga oleh makanan laut.
• Si ibu hendaknya tidak banyak minum minuman-minuman yang menegangkan urat saraf seperti kopi dan teh.
• Sebaiknya si ibu tidak banyak makan telur dan hendaklah menjauhi ubat-ubat pencerna makanan kerana boleh mengurangkan air susu dan menyebabkan cirit birit kepada bayi yang disusui.
Penutup
Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam ., saya akhirnya berjaya menyiapkan esei ini yang bertajuk Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam.
Saya Berjaya membuat ringkasan mengenai tajuk saya pilih ini, dimana saya melihat sebagai suatu manfaat bagi saya kerana saya berjaya mendapatkan ilmu baru yang saya boleh gunakan pada masa hadapan dan juga saya dapat berkongsi dengan orang lain dengan wujudnya esei ini.
Saya sedar, esei ini agak panjang, tapi yang sebenarnya saya sendiri pun tidak perasan tentang ini, perasaan ingin tahu ini membuatkan saya leka dan sudah banyak yang telah dicoretkan disini dan yang dicoretkan disini adalah isi yang terpilih dan amat penting.
Saya menulis berkenaan Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam dimana saya bahagikan kepada 3 tajuk dimana masing-masing mempunyai kaitannya tersendiri.Dimulai ketika mempunyai anak(saat mengandung), kelahiran bayi dan akhir sekali berkenaan keperibadian anak hasil daripada amalan-amalan yang diamalkan yang amat penting, kerana pekara ini lah yang akan membentuk apa yang bakal anak kita menjadi pada masa hadapan.
..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com