Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengakui bahawa umat manusia mempunyai banyak banyak kelemahan, yang paling ketara ialah tidak sepi daripada sifat lalai dan lupa. Justeru itu, insan sangat memerlukan bimbingan dan peringatan, kerananyalah Allah Subhanahu wa ta’ala mengutuskan para rasul a.s bagi menerima wahyu, kerana wahyu itulah yang diperlukan oleh manusia sebagai petunjuk dan peringatan bagi membantu mengatasi kelemahan sifat manusia seperti yang disebut di atas. Firman Allah ta’ala yang bermaksud:
“Dan tetaplah member peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-oarang beriman.”
Petunjuk dan peringatan Allah Subhanahu wa ta’ala itu, laksana air yang menyuburkan tanaman. Air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika iar disiram ke atas batu yang pejal, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah Subhanahu wa ta’ala , itu hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu pejal yang tidak mungkin diresapi air. Oleh itu hati yang keras tidak mungkin mendapat manfaat daripada petunjuk dan peringatan wahyu itu.
Hati memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseirang sama ada ia akan menjadi insane yang baik dan berguna atau sebaliknya. Hati manusia telah diciptakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala mempunyai keupayaan untuk memiliki sifat-sifat yang baik iaitu ‘mahmudah’. bagaimanapun ia perlu diasuh dengan bersungguh-sungguh. Untuk menyuburkan dan merawat sifat-sifat ‘mahmudah’ itu kerana hati manusia itu sering menjadi sasaran makhluk jahat iaitu iblis. Jika dibiarkan makhluk jahat itu menguasai hati, pasti hati akan rosak dan binasa, jika hati rosak dan binasa maka rosaklah seluruh anggota.
Ilmu pengetahuan yang menyingkap mengenai hal ehwal kematian, perkara-perkarayang berhubungan dengan alam barzakh suatu kehidupan selepas mati, setrerusnya peristiwa Mahsyar dan alam akhirat merupakan perkara utama yang boleh menyedarkan dan melembutkan hatiinsan.
Saidina Ali penah berkata, “bahawasanya manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru terjaga daripada tidurnya.” Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam kelalaian atau bagaikan orang yang tertidur lena, dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak.
Berbeza dengan orang yang sentiasa mengingati mati atau taksiratul maut, maka kematian itu bagi mereka ibarat sebuah jambatan untuk menuju kepada suatu pertemuan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yang sering disebut dan diingati. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim Khalilullah yang didatangani oleh Malaikat Maut.
“Apakah anda hendak mengambil nyawaku?” Tanya Nabi Ibrahim kepada Isra’il.
“Benar, ”jawab Malaikat Maut.
“Tidakkah anda tahu bahawa aku ialah Khalilullah, yang selalu didampingi dan mendampingiNya? Adakah munasabah seorang kekasih hendak mengambil nyawa kekasihnya?”
Dengan kata-kata Nabi Ibrahim a.s itu maka Malaikat Maut kembali menghadap Allah Subhanahu wa ta’ala , lalu Allah Subhanahu wa ta’ala memerintahkan Isra’il supaya menamui Nabi Ibrahim dengan membawa pesanan-Nya. Malaikat Maut pun berkata kepada Nabi Ibrahim “ Justeru dengan kematian itu beerti Allah Subhanahu wa ta’ala yang Maha Pengasih telah menjemput kekasih-Nya agar datang menemui-Nya.” Dengan penjelasan malaikat Maut itu maka Nabi Ibrahim a.s amat gembira menghadapi kematiannya.
Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, maksudnya:
“ Hendaklah kamu memperbanyakkan ingat kepada perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup.”
Sesungguhnya mencintai kelazatan dunia itu boleh menyebabkan manusia itu tidak mengingati kematian, padahal kematian itu pasti datang meskipun dia ingat atau lupa kepadanya, sama ada dia benci atau suka kepada mati. Justeru kematian adalah suatu permulaan daripada kehidupan yang sebenar, iaitu hidup yang pasti disudahi dengan kematian.
Menyedari hakikat bahawa kehidupan selepas mati ibarat suatu perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama, maka sudah pasti insanmemerlukan persiapan yang mencukupi dan sempurna. Orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menghadapi mati. Orang sering bercakap tentang rakan atau sahabat mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi, si fulan telah mati dan si anu sudah mati tetapi sayang nya jarang sekali dia memikirkan bilakah kematian itu sampai kepada dirinya. Sebelum mati itu datang, apakah persiapan yang dibuat?
Justeru mati adalah suatu peringatan yang berguna kepada manusia.
SAKARATUL MAUT
Sakaratul maut itu beerti waktu seseorang manusia itu telah mendekati kematiannya. Ketika itu Malaikat Isra’il sudah mulai mencabut rohnya. Bagi seseorang Mukmin, keluarnya roh itu amat perlahan, tetapi bagi orang kafir atau munafiq, keluarnya roh itu ditarik dengan keras sekali, tanpa mengenal ampun dan kasihan. Namun demikian, sekalipun amat perlahan dicabutnya, masih juga terasa sakit sekali. Apalagi yang ditarik dengan kekerasan. Gambaran sakitnya sakaratul maut ini, bersandarkan hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:
“Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang.”
Perihal keluarnya roh dapat dilihatkan berdasarkan gerak mata, sebagaimana yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika Abu Salmah hendak meninggal dunia dan sudah mencapai peringkat sakaratul maut. Baginda bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya roh itu ketika dicabut diikuti oleh mata.para keluarganya lalu gemuruh. Kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pula janganlah engkau smua mendoakan kepada dirimu sendiri kecuali dengan yang baik-baik saja, maka sesungguhnya malaikat itu sama mengaminkan pada apa yang kamu ucapkan.” (Riwayat Muslim)
Adapun roh yang meninngal dunia, setelah berpisah dengan jasadnya yakni rangka tempat kediamannya, sewaktu di dunia ini, maka roh itu pun mengerti, mendengar siapa saja yang bersyarah bahkan juga mengetahui dan menjawab salam orang yang bersalam padanya. Malahan lebih dari itu, iapun dapat merasakan lazatnya sesuatu kenikmatan atau sakitnya suatu kesengsaraan. Banyak sekali hadith-hadith yang menjelaskan, bahawa mayat itu juga dapat mengetahui keadaan ahli serta keluarganya atau kawan-kawannya yang masih hidup di dunia ini. Ia dapat merasakan kesenangan jikalau melihat kebaikan, dan berduka cita, jikalau melihat keburukan.
Oleh itu manusia yang bijak ialah mereka menghadapi tamu yang istimewa ini. Jangan hendaknya persoalan yang sedikit dan kehidupan semntara sahaja yang menyebabkan, kehidupan yang abadi menjadi korban dan merana di alam yang lebih kekal.
SUATU PEMANGGIL
Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa:apabila roh memisahkan diri dari badan diundangkan dari langit, tiga kali bentakan. “ Wahai anak Adam yang meninggalkan kamu? Engkaukah yang menumpuk dunia, atau dunia yang menumpukkan kamu? Engkaukah yang mematikan dunia atau dunia yang mematikan kamu?”
Tatkala mayat itu diletakkan di atas tempat memandikan, maka myat itu dipanggil dengan tiga kaliteriakan: Hai anak Adam, di mana badanmu yang kuat itu dan yang menjadikan engkau lemah? Dimana lidahmu yang fasih itu dan yang menjadikan kamu diam? Dimanakah kekasih-kekasihmu itu dan apa yang membuatkan ia tidak suka akan kamu?
Ketika mayat itu diletakkan di atas kain kafan pula mayat itu dipanggil dengan tiga kali teriakan : “Hai anak adam, engkau akan bepergian jauh, dan tanpa membawa perbekalan. Engkau akan keluar dari rumahmu, maka engkau tidak akan kembali lagi. Dan engkau yang biasa menunggang kuda maka engkau tidak akn menunggang nya sejenis itu selamanya, engkau yang akan berangkat ke rumahmu sesuatu yang lebih menakutkan.”
Ketika mayat itu dipikul di atas keranda, maka mayat itu dipanggil dengan tiga kali teriakan: “ Hai anak Adam, berbahagialah kamu jika engkau termasuk orang yang bertaubat. Berbahagialah kamu jika amalmu termasuk amal yang baik. Berbahagialah kamu jika teman muitu adalah keredhaan Allah Ta’ala dan celakalah kamu jika teman mu itu ialah kemurkaan Allah.
Ketika mayat tu diletakkan untuk disembahyangkan maka myat itu dipanggil dengan tiga teriakan: “ Hai annak Adam, setiap perbuatan yang engkau lakukan engkau akan melihatnya, jika perbuatan amalmu baik, maka engkau akan melihat sesuatu kebaikan. Dan jika amal perbuatan mu itu buruk, maka engkau akan melihat suatu kebaikan.”
Ketika keranda itu diletakkan di atas kubur, mayat itu akan dipanggil dengan tige teriakan: “ Hai anak adam, engkau tidak akan membawa perbekalan ke tempat yang ramai menuju ke tempat yang rosak. Dan engkau tidak membawa kekayaan mu kepada kefakiran ini. Dan engkau tidak membawa cahaya ke tempat kegelapan ini.”
Ketika mayat itu diletakkan di dalam liang lahad, maka myat itu dipanggil dengan tiga teriakan: “ Hai anak Adam, engkau berada di atas punggungku dengan tertawa dan sekarang engkau berada di dalam perutku dengan kesusahan. Dan engkau ketika berada di atas punggungku boleh berbicara, sekarang engkau berada di dalam perutku dan berdiam.”
Ketika mereka berpaling dan menunggaklkan si mayat, maka Allah Ta’ala berfirman: “ Hai hambaku, sekarang engkau tinggal menyendiri dan sendirian, sedangkan semua orang meninggalkan mu dalam kegelapan kubur. Engkau telah derhaka kepadaku kerana manusia, dan kerana isteri, serta kerana anak, dan aku lebuh mengasihi kepadamu hari ini dengan suatu rahmat dimana rahmat itu boleh menghairankan beberapa makhluk. Dan aku lebih menaruh kasihan kepadamu daripada belas kasihan ibu kepada anaknya.”
Anas bin Malik berkata bahawasanya bumi sentiasa memanggil-manggil setiap hari dengan sepuluh kalimah. “ Wahai anak Adam, engkau berjalan di atas punggungku dan tempat kembalimu di dalam perutku. Engkau durhaka di atas punggungku, dan akan tersiksa di dalam perutku. Engkau memakan barang yang haram di atas punggungku dan akan dimakan ulat dan tanah didalam perutku. Engkau tertawa di atas punggungku dan akan menangis didalam perutku. Engkau bersukaria di atas punggungku dan akan bersusah payah didalam perutku. Engkau mengumpilkan barang haram di atas punggungku maka engkau akan hancur luluh didalam perutku. Engkau sombong di atas punggungku, maka engkau akan hina di dalam perutku. Engkau berjalan gembira diatas punggungku, engkau akan jatuh perhatian di atas punggungku, dan akan engkau duduk sendirian dalam perutku.”
Jika seorang manusia menghadapi sakaratul maut pula, datanglah malaikat Jibrail membentangkan sayap kanannya, kelihatan orang itu tertawa dan tersenyum, serta merasa gembira dengan wajahnya yang berseri-seri. Setelah itu malaikat Jibril juga menampakkan seksa neraka dengan membentangkan sayap kirinya maka yang terlihat adalah seksaan neraka. Manusia tidak akan meninggal dunia sehingga ia melihat tempatnya, apakah termasuk orang yang beruntung atau dia termasuk orang yang celaka. Jika seorang yang dalam keadaaan sakaratul maut, Nampak kegembiraan hingga menghembuskan nafas yang terakhir, ini adalah kerana mereka melihat tempatnya baik, dan pada masa itu diperlihatkan balasan yang berupa kenikmatan dan kebahagiaan. Ada pun orang yang gelisah, haus, lapar, dan sebagainya bahkan ada yang menangis, ini adalah kerana ia melihat tempatnya yang dan seksa yang akan diterimanya.
KEADAAN MALAIKAT DAN CARA MENCABUT NYAWA
Disebutkan dalam kitab As-Suluki dari Muqatil bin Sulaiman sesungguhnya malaikat
Maut itu mempunyai ranjang yang terletak di antara langit yang ketujuh, ada yang mengatakan, di langit yang keempat. Allah ta’ala menciptakan malaikat maut dari Nur. Ia digambarkan 70, 000 kaki dan mempunyai 4000 sayap, yang menyeluruh jasadnya dipenuhi dengan beberapa mata dan lisan. Tidak satu pon makhluk dari keturunan anak Adam dan beberapa burung termasuk setiap yang mempunyai nyawa kecuali baginya terdapat tubuh malaikat maut.
Ia memiliki wajah, mata, tangan, dan teling yang jumlahnya menurut bilangan seluruh manusia maka ia mencabut roh dengan tangan itu, dan ia melihat denga wajahnya secara tepat pada muka manusia. Demikianlah caraia mencabut nyawa pada makhluk dalam setiap tempat. Ketika seseorang itu telah meninggal dunia maka hilanglah dari jasadnya gambar orang itu.
Ada juga yang mengatakan bahawa malaikat maut itu memiliki empat wajah, satu wajah ada di depannya, yang kedua berada di atas kepalanya, ketiga berada di atas punggungnya, keempat berada di bawah kedua telapak kakinya, ketika ia mencabut roh para nabi malaikat dari wajah yang ada di kepalanya. Ia mencabut wajah orang-orang Mu’min dari wajah yang ada dihadapannya, dan ia mencabut nyawa orang-orang kafir dari wajah yang ada di punggungnya. Dan ketika ia mencabut nyawa para jin dari wajah yang ada di kedua telapak kakinya.
Salah satu daripada kedua kakinya berada di atas titian jahanam, dan yang lain berada di atas ranjang syurga.
Ada yang mengatakan, kerana besarnya Malaikta Maut itu, jika seluruh air lautan dan sungai itu dituangkan diatas kepalanya, maka air itu tidak setitis pun ya ng tumpah ke bumi.
Ada yang mengatakan bahawa Malaikat Maut itu turun kecuali kepada para nabi dan rasul, ia mempunyai khalifah untuk mencabut nyawa binatang buas dan beberapa binatang yang lain.
Ada yang mengatakan, sesungguhnya Allah Ta’ala apabila merosakkan makhluknya dari jenis manusia dan lainnya, maka Allah Ta’ala merosakkan mata-mata itu yang terdapat pada jasad Malaikat Maut seluruhnya, sehingga tinggal lapan dari beberapa makhluk. Dikatakan mereka yang lapan itu, ialah: Israil, Mikail, Jibril, Isra’il a.s dan empat malaikat yang membawa arasy.
Adapun untuk mengetahui ajal seseorang, Malaikat Maut maka tiba-tiba jatuhlah pada kejatuhan catatan nama orang yang dicabut nyawanya dan catatan sakit seorang hamba, lalu ia berkata: “ Ya Tuhanku, bilakah aku harus mencabut nyawa hamba itu, dan atas keadaan dan cara yang bagaimanakah aku kan menghilangkan rohnya?
Maka Allah Ta’ala berfirman: Wahai Malaikat Maut yang termasuk ilmu ghaibku, yang tidak boleh dilihat oleh seseorang selain Aku, akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang kedatangan waktunya, dan Aku akan memberikan kepada mu beberapa alamat, yang mana kamu akan melaksanakan perintah atas alamat itu. Sesungguhnya Malaikat yang diserahkan tugas mengurus beberapa jiwa dan amal perbuatan para manusia akan datang kepadamu seraya berkata: ‘ Telah sempurna umur si fulan’. Kemudian Malaikat yang diserahkan tugas yang menjaga rezeki dan amal perbuatannya berkata : ‘ telah sem[urna rezekai dan amal perbuatan si fulan. ‘ jika orang itu termasuk orang yang bahagia, maka tampak jelas pada namanya yang tertulis dalam bukunya yang ada di hadapan Malaikat Maut, dengan tulisan dari nur yang putih terletak di kiri kanan namanya. Jika orang itu termasuk orang yang celaka, maka Nampak jelas tulisan namanya terdapat tulisan hitam. Kemudian jatuhlah daun dari pohon yang ada di bawah arasy, di mana telah tertulis dalam daun itu nama orang yang waktu ini, harus dicabut nyawanya.
Diriwayatkan dari Ka’ab bin Al-Akhbar, sesungguhnya Allah Ta’ala telah menciptakan pohon di bawah arasy dan di atas pohon itu terdapat banyak daun yang jumlahnya menurut bilangan makhluk. Ketika telah sampai ajal seorang makhluk, dan umurnya tinggal 40 hari maka daun itu jatuh ditempat Isra’il a.s. maka ia mengerti bahawa sesungguhnya ia telah diperintah untuk mencabut nyawa orang yang memiliki daun itu.
Setelah itu, para malaikat menamakan orang tersbut sebagai mayat di langit, padahal orang itu masih hidup dipermukaan bumi selama 40 hari lagi.
Ada juga yang mengatakan, sesungguhnya malaikat Mikail a.s turun kepada Malaikat Maut dengan membawa buku dari Allah Ta’ala yang terdapat tulisan dalam buku itu nama orang yang akan diperintah untuk dicabut nyawanya, dan tempat Malaikat Maut mencabut nyawanya, serta sebab-sebabnya hingga nyawanya dicabut oleh Malaikat maut.
Seseungguhnya Allah Ta’ala ialah Zsat yang mencaabut beberapa nyawa, hanya saja hal itu disandarkankepada malaikat maut, sebagaimana disandarkannya mati kepada orang yang membunuh, dan mati yang disebabkan oleh sakit. Hal ini berdasarkan firman Allah ?Ta’ala yang bermaksud:
“Allah memegang jiwa orang yang ketika matinya”
..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com