Tajuk: Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam (Wanita Dalam Islam)

WANITA SEBAGAI INSAN

Islam muncul ketika sebahagian manusia menolak keinsanan wanita, ketika sebahagian manusia ragu-ragu mengenainya dan ketika mana sebahagian yang lain mengiktiraf keinsanan wanita, tetapi menganggap wanita sebgai satu makhluk yang dijadikan semata-mata untuk berkhidmat kepada lelaki.

Antara kelebihan Islam ialah menghormati wanita, mengiktiraf keinsanan serta keupayaan wanita untuk memikul tuntutan (agama), tamggungjawab, kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki syurga. Islam menganggap wanita ebaai insan yang mulia. Wanita mempunyai hak-hak keinsanan yang setaraf dengan lelaki kerana wanita dan lelaki adalah cabang kepada pohonan yang satu dan saudara ng dilahirkan oleh bapa yang satu iait Adam (a.s) dan ari ibu yang juga satu iaitu Hawa.

Mereka adalah setaraf dari aspek asal-usul kejadian, setaraf dari aspek tuntutan agama serta tanggungjawab dan setaraf dari aspek pembalasan and tempat kembali (setelah kematian).

Dari Aspek Asal-usul Kejadian:

Sehubungan dengan ini Allah Subhanahu wa ta’ala telah berfirman:
Maksudya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya
zuriat dan keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada
Allah yang kamu sering meminta dengayn menyebut namaNya, serta peliharala
hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentisa memerhati kamu.
(al-nisa:1)

Manusia sama ada lelaki atau wanita telah dijadiakn oleh Allah dari diri yang satu dan dari diri yang satu ini pula dijadikan isteri yang melengkapi serta menyempurnakan, sepertimana yang telah diungkapkan oleh ayat suci al-Quran yang lain:

Maksudnya:.Dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami-isteri)
untuk bersenang hati dan hidup mesra antara stu sama lain.
(al-A'raf:189)
Kemudian dari keluarga yang satu ini disebarkan lelaki dan wanita yang banyak. Semuannya adalah hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa dan merupakan anak-anak kepada bapa yang satu dan ibu yang satu. Persaudaraan ini mengumpulkan mereka keseluruhannya (sama ada lelaki atau wanita)

Dari Aspek Tuntutan Beragama Dan Beribadat:

Berkenaan dengan persamaan antara wanita dan lelaki dari aspek tuntutan syarak, beragama dan ibadat, al-Quran telah menyebutkan:

Maksudnya: Sesungguhnya orang lelaki yang Islam dan orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orangr-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-ornag perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannyaserta orang-orang perempuan yang menjaga kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut nama Allah serta orang- orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuannya keamnpunan dan pahala yang besar.
(al-Ahzab:35)
Dari Aspek Tuntutan Agama dan Kemasyarakatan Yang Utama: Al-Quran juga telah memberikan persamaan antara lelaki dan wanita dalam aspek tuntutan-tuntutan agama dan kemasyarakatan yang utama. Di dalam kisah Adam a.s, segala tuntuttan-tuntutan Ilahi telah diajukan kepada beliau serta isteri beliau tanpa membezakan antara satu sama lain: Maksudnya: Dan Kami berkata: Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isteri kamu di dalam syurga dan makanlah (kamu berdua) dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu (berdua) menghampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari golongan orang-orang zalim. (al-Baqarah:35)

Di dalam kisah ini sepertimana yang disebutkan oleh al-Quran, ia telah meletakkan hasutan kepada syaitan bukannya kepada Hawa (sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian orang)

Bukan Hawa seorang sahaja yang memakan dari pohon (yang dilarang tersebut) dan bukan Hawa yang memulakannya. Bahkan kesalahan adalah datang dari kedua mereka. Lantaran itu, penyesalan dan taubat berpunca dari kedua mereka. Bahkan terdapat sebahagian ayat suci al-quran yang meletakkan kesalahan hanya kepada Adam a.s sebagai pelaku dan orang yang memulakannya. Ini bererti lelaki adalah orang pertama yang melakukan maksiat, sementara wanita adalah pengikutnya.

Walau bagaimanapun keadaannya, kesalah Hawa tidak dipertanggungjawabkan melainkan ke atas dirinya sendiri, sementara zuriatnya yang perempuan adalah bebas dari dosa tersebut. Seseorang tidak akan menanggung dosa atau kesalahan orang lain.

Dari Aspek Balasan Dan Tempat Kembali:

Allah Subhanahu wa ta’ala juga berfirman mengenai persamaan antara lelaki dan wanita dari sudut balasan dan peluang memasuki syurga:

Maksudnya: Maka Tuhan memperkenankan doa mereka (dengan firmanNya) : “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari kalangan kamu sama ada lelaki atau perempuan (kerana) sesetengah kamu (adalah keturunan) dari sesetengah yang lain. (Ali 'Imran: 195)

Ayat al-Quran ini jelas menyatakan bahawa amalan-amaln tidak disia-siakn di sisi Allah, sama ada ornag yang melakukannya lelaki mahupun perempuan. Semuanya adalah keturunan antara satu sama lain. Mereka dijadikan dari tanah yang sama dan tabiat kejadian yang sama.

Dari Aspek Hak-hak Mal: Dari aspek hak-hak Mal (pemilikan harta), Islam telah menghapuskan tradisi umat-umat terdahulu (sama ada Arab atau bukan Arab) yang telah melarang wanita dari memilki serta mewarisi harta atau mengecilkan skop mereka menggunakan milikan merekadan menghapuskan penyelewengan suami terhadap harta isteri. Islam telah menetap bagi wanita hak pemilikan dengan pelbagai bentuk dan jenisnya, serta hak pengurusan dalam pelbagai cara yang disyariatkan. Islam telah mensyariatkan bagi wanita hak penerimaan wasiat dan pewarisan seperti lelaki. Islam juga memberikan kepada mereka hak berjual-beli, sewa-menyewa, hibah (pemberian secara percuma), pinjam-meminjam, waqaf, sedekah, penjaminan, hawwalah (pemindahan tanggungjawab hutang), gadaiaan.dan pelbagai lagi sistem akad dan pengurusan harta. Kemudian diikuti pula dengan hak-hak mempertahankan harta mereka- sepertimana hak mempertahankan diri mereka- dengan cara perundangan dan lain-lain lagi.

Dari Aspek Lain-lain: Islam juga memberikan kepada wanita hak menuntut ilmu sepertimana lelaki. Realitinya Islam telah menjadikan menuntut ilmu sebagai perkara fardhu ke atas mereka.

Wanita juga berhak bersolat jemaah di masjid. Wanita dituntut melakukan perkara-perkara fardhu dan ibadat sepertimana yang dituntut dari kaum lelaki; solat, puasa, zakat, haji dan keseluruhan rukun Islam. Wanita akan diberi ganjaran kepada mereka setaraf dengan pahala yang diberkan kepada kaum lelaki. Lantaran itu, wanita akan menerima hukuman terhadap peninggalan perkara-perkara tersebut sepertimana kaum lelaki juga. Selain itu, wanita juga dituntut melakukan kewajipan-kewajipan sosial sepertimana kaum lelaki.

Wanita juga diberi hak untuk memberi sewaan dan sewaan tersebut hendaklah dihormati.


Hikmah Membezakan Antara Lelaki Dan Wanita Di dalam Sebahagian Hukum

Antara persoalan yang dikemukakan ialah; jika Islam mengiktiraf kemanusiaan wanita menyamai denagn kemanusiaan lelaki, kenapakah ia melebihkan lelaki ke atas wanita dalam beberpa keadaan dan situasi. Umpamanya dalam penyaksian, pewarisan, diyat, kepimpinan keluarga, kepimpinan negara dan beberapa hukum yang lain.

Hakikatnya, perbezaan antara lelaki dan wanita di dalam hukum-hukum ini bukanlah kerana kaum lelaki lebih dimuliakan oleh Allah atau lebih hampir kepadaNya berbanding kaum wanita. Sebenarnya manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa antara mereka sama ada lelaki mahupun wanita.

Tetapi perbezaan ini berlaku disebabkan tuntutan tugas yang bersesuaian dengan fitrah atau karaktor yang sesuai bagi setiap lelaki dan wanita.

WANITA SEBAGAI PEREMPUAN

Islam memandang tinggi terhadap keperempuanan wanita dan menganggapnya sebagai satu unsur yang melengkapi lelaki sepertimana lelaki juga melengkapi wanita. Salah satu daripadanya bukanlah lawan, tandingan dan saingan dengan yang satu lagi, sebaliknya ialah pembantu baginya dalam kesempurnaan individu dan jenisnya.

Telah termaktub di dalam sunnah Allah terhadap makhluk, yang mana pasangan menjadi salah satu keistimewaannya. Kita dapat melihat jantan dan betina di dalm alam manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita dapat melihat positif dan negatif di dalam alam tidak bernyawa seperti elektrik, magnet dan sebagainya sehinggakan atom juga mempunyai caj elektrik positif dan negatif (elektron dan proton).

Lelaki dan wanita adalh umpama botol dan penutupnya serta sesuatu dan pasangannya yang saling memerlukan antara satu sama lain. Semenjak Allah mrnciptakan manusia pertama (Adam a.s) Allah menjadikan darinya isterinya (Hawa) untuk ia bersenang hati persamanya. Beliau tidak ditinggalkan keseorangan walaupun di dalam syurga. Wanita bukanlah dicipta untuk menjadi bandingan atau saingan, sebaliknya wanita adalah sebahagian dari lelaki.

Sudah menjadi hikmah Allah yang mana kejadian tubuh badan dan jiwa wanita mengandungi unsur-unsur tarikan kepada lelaki yang berupaya menarik lelaki ke arahnya. Allah telah membekalkan pada lelaki dan wanita keghairahan naluri syahwat yang kuat yang mendorong ke arah tarikan antara satu sama lain dan bertemu sehinggalah dapat menjamin berterusannya kehidupan dan zuriat.

Namun begitu, Islam melarang setiap tindakan menyalurkan naluri syahwat ini menurut cara yang tidak digariskan oleh Allah dan diredhainya seperti perkahwinan yang merupakan asas kekeluargaan. Oleh itu, Islam mengharamkan perzinaan. Isalm juga melarang segala perkara keji sama ada yang kelihatan atau tidak dan menutup segala pintu yang membawa ke arah kekejian ini untuk melindungi lelaki dan wanita dari punca-punca keghairahan dan faktor-faktor pencetus fitnah.

Islam memelihara naluri wanitanya dan mengiktiraf segala keperluaannya tanpa menghalangnya serta menyekatnya. Sebaliknya Islam melindunginya dari jalan-jalan yang membawa ke arah pengeksploitasian dan pencerobohan terhadap kewanitaannya. Di samping itu, Islam memelihara wanita dari kerakusan dan kedahagaan manusia yang mencari peluang ke atas kaum Hawa untuk diratahnya denagn lahap kemudian dibuangkan hampasnya.

Pendirian Islam terhadap wanita:
1. Islam memelihara kewanitaannya, agar ia sentiasa menjadi sumber kasih sayang, kelembutan dan kecantikan. Oleh itu, Islam telah menghalalkan bagi wanita sebahagian perkara yang diharamkan ke atas lelaki berdasarkan kehendak tabii wanita serta karaktornya seperti berhias dengan emas dan memakai pakaian sutera tulen. Islam juga mengharamkan perkara yang dapat mencemarkan kewanitaan ini seperti menyerupai lelaki dan sebagainya. Islam melarang wanita dari memakai pakaian lelaki sepertimana ia melarang lelaki memakai pakaian wanita.
2. Islam memelihara kewanitaan dan melindungi kelemahannya. Isalm menjadikan wanita selama-lamanya di bawah lindungan lelaki, nafkahnya dijamin dan keperluannya disempurnakan. Dia berada di bawah tanggungjawab bapanya, atau suaminya, atau anak-anaknya, atau saudara-saudaranya. Wanita-wanita Barat tidak dijaga oleh bapa, anak, saudara mahupun bapa saudara. Lantas mereka terpaksa menerima apa saja kerja dengan apa saja bayaran untuk meneruskan kehidupan mereka.
3. Islam memelihara moral dan sifat malu wanita. Islam memberi perhatian kepada reputasi dan kemuliaan wanita serta menatang kesuciaannya dari sangkaan buruk dan keceluparan lidah lebih-lebih lagi dari tangan-tangan yang nakal darfi dicemari. Oleh itu Islam mewajibkan ke atas wanita:
(a) Merendahkan pandangannya serta menjaga kemuliaan dan kesuciannya.
(b) Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan mereka.
(c) Tidak menampakkan perhiasannya yang tersembunyi- seperti rambut, leher, dua lengan dan dua betis- kecuali kepada suaminya lelaki-lelaki yang diharamkan berkahwin dengannya yang menyukarkannya menutupinya seperti orang asing.
(d) Hendaklah berhati-hati semasa mengatur langkahnya dan petuturannya. Wanita bukanlah dilarang untuk bercakap. Suaranya bukanlah aurat. Sebaliknya wanita diarahkan agar berkata-kata yang baik dengan nada yang sesuai.
(e) Hendaklah menjauhkan semua perkara yang boleh menarik perhatian lelaki kepadanya serta merangsangnya seperti berhias dengan perhiasan jahiliah dulu dan moden. Ini bukanlah akhlak wanita yang baik.
(f) Hendaklah mengelakkan diri dari bersendirian dengan mana-mana lelaki yang bukannya suaminya dan bukan lelaki yang diharamkan berkahwin dengannya untuk melindunginya dan lelaki tersebut dari bisikan syaitan serta kehormatannya dari lidah-lidah yang jahat.
(g) Tidak bercampur dengan lelaki asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi seperti solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketaqwaan agar wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakat di samping tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

Dengan hukum-hakam ini, dari satu aspek Islam dapat melindungi wanita dari taring-taring ganas, dari satu aspek lagi Islam dapat memelihara sifat malunya serta daya tahannya dengan menjauhkan diri dari faktor keruntuhan dan kesesatan. Dari aspek yang lain ia dapat memelihara kehormatannya dari mulut-mulut yang pemfitnah dan orang yang celupar. Dengan ini Islam dapat memelihara diri wanita dan emosinya dari ketegangan serta kebimbangan, dari ganguan serta kegelisahan, hasil dari imaginasi yang terlalu kuat, hati yang keluh kesah dan kecelaruan emosinya akibat pelbagai ransangan.

Dengan hukum-hakam serta pensyariatan ini, Islam juga dapat melindungi lelaki dari faktor-faktor keruntuhan dan kebimbangan, memelihara keluarganya dari faktor-faktor keretakan serta memelihara masyarakat keseluruhannya dari faktor-faktor kebinasaan dan keruntuhan.

Percampuran Antara Lelaki Dan Wanita Yang Dibenarkan Oleh Islam

Lelaki bertemu dengan perempuan atas pelbagai sebab, sama ada yang berbentuk keagamaan mahupun keduniaan. Ini tidaklah dilarang oleh Islam secara menyeluruh, sebaliknya ianya disyariatkan jika terdapat sebab-sebab munasabah, serta memenuhi landasan pensyaratannya.

Kesan Pergaulan Bebas di Barat

Setelah berlakunya ledakan kebebasan antara lelaki dan wanita yang merobohkan tabir antara kedua-duanya beberapa kesan negatif telah muncul. Kesan-kesan tersebut adalah seperti berikut:
1. Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak, kesemarakan syahwat, penguasaan sifat kebinatangan ke atas sifat kemanusiaan, kehilangan sifat malu dari kalangan lelaki dan wanita serta kepincangan masyarakat.
2. Wujudnya anak yang tidak sah taraf
Ia adalah manifestasi yang pasti hasil dari kebebasan nafsu syahwat dan pergaulan bebas.
3. Banyak terdapat andartu serta lelaki yang tidak berkahwin (bujang telajak)
Denagan terdapatnya banyak jalan mudah untuk melepaskan nafsu seks mereka, tanpa apa-apa tanggungan perkahwinan dan rumahtangga, menyebabkan banyak di antara mereka memilih jalan yang paling mudah. Mereka menghabiskan zaman muda dengan mana-mana teman yang mereka suka tanpa terikat.
4. Berlakunya penceraian dan keruntuhan rumahtangga kerana punca-punca yang remeh
Pasangan suami isteri bebas bergaul sehingga menimbulkan masalah rumahtangga.
5. Merebaknya pelbagai penyakit yang kronik
Tersebarnya penyakit-penyakit misteri, penyakit saraf, penyakit mental dan penyakit jiwa serta bertambahnya permasalahan dan pergolakan yang mengorbankan ratusan ribu mangsa.

WANITA SEBAGAI ANGOTA MASYARAKAT

Sesetengah golongan yang prejudis terhadap Islam menganggap Islam telah memenjarakan wanita di dalam rumahnya. Dia tidak dibenarkan keluar darinya kecuali untuk ke kubur.

Al-Quran menjadikan lelaki dan wanita sebagai dua rakan kongsi dalam memikul tanggungjawab di dalam kehidupan Islam. Iaitu tanggungjawab menyuruh ke arah kebaikan dan melarang segala kemungkaran.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Menutut ilmu itu adalah satu kefardhuan ke atas setiap muslim”

Oleh itu, di fardhukan juga ke atas wanita menuntut ilmu yang dapat memperbetulkan akidahnya, mengelokan ibadatnya dan menyelaraskan tindakannya agar selaras dengan kesopanan Islam dari segi pakaian, perhiasan dan sebagainya. Suami tidak berhak menghalang isterinya dari menuntut ilmu yang wajib jika dia tidak mampu mengajarnya atau alpa tentangnya.

Solat secara jemaah tidak dituntut oleh wanita. Ia hanya dituntut dilakukan oleh kaum lelaki. Solat wanita yang dilakukan di rumah adalah lebih afdal berdasarkan kepada suasana dan tugasnya. Namun orang lelaki tidak berhak melarang mereka jika mereka berminat untuk solat berjemaah di masjid.

Wanita juga berhak keluar dari rumah untuk mendapatkan keperluannya atau keperluan suaminya serta anak-anaknya, sama ada di ladang atau di pasar.

Wanita juga boleh menyertai pasukan tentera untuk melakukan kerja-kerja bantuan perubatan dan seumpamanya seperti tugas-tugas yang sesuia dengan fitrah dan kemampuannya.


KESIMPULAN

Tabiat Islam adalah seimbang dan sederhana dalam setiap perkara yang disyriatkan serta hukum-hakam dan peradaban yang diserunya. Ia tidak memberikan sesuatu untuk menghalang sesuatu yang lain, ia tidak keterlaluan dari satu aspek berbanding aspek yang lain serta tidak keterlaluan di dalam memberikan hak dan juga dalam menuntut kewajipan.

Bukanlah tabiat Islam untuk menekan wanita berdasarkan kemampuan lelaki, atau untuk menzalimi wanita kerana lelaki. Bukan juga tabiat Islam merelakan semua kecenderungan kerana memelihara karaktor lelaki atau mengorbankan kehormatan wanita semata-mata untuk memuaskan lelaki.

Setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan kaum wanita yang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Semua makhluk ciptaanNya adalah sama di sisinya. Untuk menjadi makhluk yang tinggi darjatnya di sisi Allah dan disayangi oleh Allah, kita perlulah melakukan segala suruhannya serta meninggalkan segala larangannya.



..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com