Kesalahan-Kesalahan Dalam Mendidik Anak

Oleh: Nur Izzati Afiqah

1. Takut Kepada Manusia

Pada zaman sekarang, kalau kita perhatikan, ramai orang mendidik anak-anaknya dengan tanpa disedari, telah menjauhkan mereka daripada berasa takut kepada Allah s.w.t, sebaliknya merasa lebih takut kepada manusia.

Selain itu, mereka telah terbiasa beribadah apabila ada orang yang melihat, dan sebaik sahaja tiada yang melihat atau memantau, hilang terus amalan muamalah itu.

Firman Allah yang bermaksud : “sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk melakukan solat mereka melakukannya dengan malas. Mereka bermaksud riya’(dengan solatnya) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa’:142)

Ayat ini memberikan gambaran akan perilaku lahir dan keadaan batin mereka yang rosak.

2. Mementingkan Urusan Dunia

Sejak kecil, seorang anak telah ditekan agar menyibukkan diri dengan urusan dunia, mencari kekayaan, jawatan yang tinggi dan sewaktu dengannya.

Sebagai contoh, kita lihat bagaimana seorang ayah menyekolahkan anak-anaknya. Kita boleh lihat betapa dia serius mengerahkan segala yang dia ada untuk kelengkapan anak-anaknya, sehingga anak itu begitu khusyuk dengan urusan dunianya, tetapi melalaikan urusannya dengan Allah. Pernahkan si bapa itu terfikir tentang apa yang ada dalam hati anaknya itu, pernahkan terlintas di hati anaknya, semangat untuk mengagungkan Allah? Contoh lain, sebahagian orang tua dengan penuh kesungguhan menyekolahkan anak-anaknya di sekolah formal, tetapi langsung tidak terfikir untuk menghantar mereka ke tempat-tempat menghafal Al-Quran seperti yang diadakan di masjid-masjid. Semua ini berlaku kerana lemahnya imam ibu bapa zaman skarang, dan hanya memandangkan ijazah daripada memandang nilai pahala yang diberikan Allah. Semua ini mereka lakukan akibat daripada kelemahan iman, mereka merasa lebih yakin dengan kehebatan ijazah, daripada memandang pahala yang dianggap tidak penting.

Pendidikan semacam ini, telah menjadikan anak keliru dan merasa terumbang ambing dalam mencari hala tuju sebenar mereka dalam dunia fana ini.

3. Mendidik Anak Perempuan Mementingkan Penampilan

Orang dulu-dulu ada berkata, bagaiamana ibunya mendidik anaknya, begitulah anaknya akanmendidik zuriatnya. Jika baik didikannya, baiklah hasilnya. Biasanya seorang ibu akan mendidik anak perempuannya, mementingkan pandangan masyarakat padanya. Namun, kesilapan ini tidak boleh diletakkan pada bahu si ibu semata-mata, tetapi teman dan sahabat yang turut mempengaruhi.

Kesan daripada didikan ini, membuatkan mereka berlebih-lebih dalam merias penampilan mereka, sehingga keluar dari garisan syarak. Bahkan melebihi waktu yang digunakan untuk menuntut ilmu agama yang sepatutunya menjadi kewajipan pada dirinya.

Perkara-perkara yang mendorong perempuan berperilaku sedemikian adalah seperti berikut:
a) Banyaknya kedai-kedai yang menawarkan alat dan keperluan untuk wanita seperti pakaian, alat kecantikan, aksesori, barang kemas dan sebagainya.
b) Sekarang ini, lebih ramai perempuan yang mencantikkan diri daripada mengikut nasihat dan amalan nabi.
c) Ibu bapa terlalu lalai dalam mendidik anak permpuan mereka sehingga membiarkan mereka melahap majalah-majalah dan filem yang merosakkan akidah dan akhlak. Kemudian mereka menerapkan pula budaya artis tersebut ke dalam diri mereka, seperti memotong rambut mengikut gaya mereka, berpakaian seperti mereka sehingga mendedahkan aurat dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.


4. Tidak Boleh Bergaul Dengan Orang Dewasa

Apabila kita menjauhkan anak-anak daripada orang dewasa, itu akan menjadikan dia terlalu biasa mengasingkan diri.

Perkara sedemikian berlaku kerana kemungkinan takut si anak akan mencela sesuatu perkara buruk yang dia nampak, atau kerana takut dan malu apabila anaknya mengatakan sesuatu yang kurang baik.

Kesan buruk hasil didikan semacam ini ialah:
a) Anak itu akan takut untuk menghadapi orang ramai, takut untuk mempertahankan agamanya sendiri.
b) Tidak mahu bergaul dan suka menyendiri. Apabila si bapa sudah mendidik anaknya berjauhan dengan orang ramai, dia akan terbiasa memencilkan diri dan tidak mahu bergaul walaupun dengan keluarganya sendiri.
c) Si anak juga akan merasa malu yang teramat, rasa malu yang tidak layak sama sekali dimiliki oleh seseorang yang mengaku lelaki dan menjadi harapan masyarakat.

Seharusnya, ibu bapa menemani anan-anak ke pertemuan orang dewasa, dan jangan mencegah mereka melayan dan menjamu tetamu. Seterusnya ajar mereka menyelesaikan urusan-urusan yang dia mampu fakir untuk selesaikannya. Tindakan seperti ini akan membuka mata mereka dalam mengenali salah dan silap dalam meningkatkan diri ke arah kemajuan.





5. Tidak Ada Contoh Teladan

Pada zaman sekarang, orang tua lalai dalam mendidik anak-anak mereka, sehingga perilaku artis yang mereka pilih untuk menjadi ikutan. Andaipun die mendapat didikan daripada orang lain, didikannya pun pasti berlainan sehingga anak itu keliru lalu hasilnya pastilah kosong. Oleh itu dalam keadaan seperti ini, seorang anak akan meniru segala tingkah laku dan ucapan para artis yang kita sendiri tahu bahawa orang-orang seperti ini telah rosak akhlaknya. Juga ada bapa yang tanpa disedari telah mengalakkan kecenderungan anak itu pada artis tersebut.

Ini boleh dilihat ketika si anak sedang menpraktikkan perilaku atau memuja nyanyian artis tersebut, si bapa hanya melihat tanpa menghalang, malahan ada yang memuji kehebatan anaknya.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“sesungguhnya kesamaan dalam perkara zahir akan menimbulkan rasa suka dan cinta serta simpati di dalam hati. Sebaliknya rasa kecintaan ini akan menimbulkan rasa ingin bersama dalam perkara zahir. Ini adalah perkara yang boleh dibuktikan dengan perasaan dan pengalaman.”

Kita juga sering mendapati raja-raja dan para peminpin negara, meskipun negeri mereka berjauhan ada rasa keterikatan satu sama lain disebabkan adanya kesamaan jabatan. Semua Itu merupakan tuntutan fitrah dan akan terus berjalan selama tidak ada agama atau kepentingan tertentu yang mengubahnya.

Bila kesamaan dalam urusan dunia boleh menimbulkan rasa suka dan cinta, maka bagaimana halnya bila sama dalam urusan agama? Tentu pengaruhnya lebih besar. Padahal cinta dan suka kepada mereka menyalahi prinsip keimanan. Kesan negative hasil daripada perasaan sayang pada yang patut dibenci adalah anak-anak akan sesat akidahnya dan terkongkong pemikirannya.

Bagi orang yang ingin mendidik anak-anaknya dengan didikan yang baik, yang menanamkan dalam diri anak tauladan agung yang sentiasan berkiblatkan kepada perilaku islam, mereka akan mengajar anak-anak berbangga dengan islam, memenuhkan hati dan fikiran anak-anak dengan keindahan islam.

6. Tidak Saling Percaya Antara Orang Tua Dan Anak

Ramai orang tua kurang percaya kepada anaknya kerana beranggapan anaknya masih kecil. Sikap sedemikian telah menjarakkan hubungan antara mereka. Si anak pula tidak percaya kepada orang tuanya kerana janji yang dibuat jarang ditepati. Akibatnya, si anak melakukan ketaatan palsu manakala ibu bapa lalai dengan amanah untuk mendidik anak-anak.
Seringkali kita melihat ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak tidak akan mempedulikan apapun tindakan bapanya. Pada hai ini mereka berjanji, namun tidak ditepatinya. Begitu juga esoknya, berjanji bersungguh dengan penuh keyakinan bahawa si anak akan menpercayainya, padahal si anak faham, janji yang dibuat diibaratkan mendung yang penuh titik-titik air namun tidak memenuhi harapan orang yang haus.

Penyebab kepada semua yang berlaku ini adalah ibu bapa sering mengancam anak-anak dengan ugutan dan hukuman palsu andai mereka tidak menurut apa yang diperintah. Alau sikap semacam ini diulangi berkali-kali, mengancam tetapi tidak dilaksanakan, lalu mengancam lagi, tetap juga tidak dilaksanakan, maka kata-kata ibu bapa itu seperti tidak membawa apa-apa kesan, lalu peringatan dan ancaman mereka sudah tidak bererti lagi.

Selain itu, kekakuan dan kebekuan hubungan antara bapa dan anak, yang menghambat keterbukaan di antara keduanya, sehingga si anak selalu memendam perasaan hatinya ketika ada masalah, yang akhirnya dia sering berdusta kepada bapanya. Maka, bapa pun akhirnya tidak percayakan anaknya.

Kesan negatif dari saling tidak percaya antara orang tua dengan anak-anaknya;
a) si anak sudah tidak mahu percaya lagi dengan kata ibu bapanya lantaran ketidak jujuran dan terlalu biasa memungkiri janji. Misalnya, ketika si anak tidak mahu berterus terang, padahal sikap semacam itu sangat berbahaya, lalu apabila orang tua menegur, si anak tidak menerimanya kerna beranggapan kata-katanya itu dusta dan tidak ada kejujuran.
b) Hilangnya saling percaya antara orang tua dan anak menyebabkan semakin besar masalah yang ada dalam diri anak-anak.
c) Diri si anak akan penuh dengan kecemasan dan ketertekanan hati dan tiada siapa dapat menyelesaikannya. Maka dia akan memilih untuk bersendirian, dan hidup dalam dunia fantasinya sendiri.
Seharusnya kita memerhatikan perkara berikut untuk membangunkan sebuah keluarga yang berdasarkan kepercayaan tulus dan saling tolong menolong:
a) Jadikan hubungan antara kita dengan anak-anak atas dasar cinta, kasih sayang dan kelembutan.
b) Muhasabahkan diri kita. Jangan banyak berbual dan bergurau senda, kerana nanti takut anak-anak akan mengejek dan merendahkan kita. Bersikap tengah-tengah, iaitu tertawa dan bergurau senda sekadar untuk menrapatkan hubungan dan mengusir ketakutan.
c) Hargai anak-anak dan sekali sekala mendengar pendapat mereka.
d) Biasakan berlaku jujur dalam berkata. Tepati janji yang dibuat, dan apabila tiba masa kita tidak dapat megotakan janji, jangan malu menjelaskan sebabnya, dan jangan sekali-kali kita menipu.
e) Biasakan anak-anak kita berkata jujur dan menepati janji, tanamkan pada diri anak-anak bahawa seorang mukmin berbeza dengan seorang munafik berdasarkan kejujurannnya.


Kesimpulan

Apa sahaja yang dihidangkan di dalam tesis ini, adalah sebahagian daripada kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa kita pada hari ini. Terdapat banyak lagi yang perlu ibu bapa zaman sekarang baiki tentang cara pendidikan mereka kepada anak-anak. Mereka perlu lebih tegas dalam mendidik anak mereka, tidak terlalu lembut kerana anak-anak kemungkinan besar akan merasakan bahawa ibu bapa mereka lembik dan takut kepada mereka, akibatnya mereka mungkin akan menjadi kurang ajar dan tidak beradab.

Ibu bapa seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada Negara, agama dan bangsa dan mencegah segala sesuatu yang menganggu dan membahayakan kehidupan mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Sekian, terima kasih.