Baitul Maqdis

Oleh: Syarifah Syafiqah Wafa

Baitul Maqdis adalah sebuah kota yang berada dalam wilayah Palestin iaitu salah sebuah negara Arab di Timur Tengah. Negara itu bersempadan dengan Lubnan dan Syria di sebelah utara, dengan Mesir di sebelah selatan, dengan Laut Tengah di sebelah barat dan dengan Kerajaan Jordan di sebelah timur. Sejarah kota suci ini penuh dengan derita dan duka sepanjang zaman dan dari semasa ke semasa. Kota ini tiada henti-hentinya menjadi rebutan oleh berbagai kuasa kerana tanahnya yang subur dan letaknya yang sangat strategik untuk pertahanan. Kerana bertukar ganti kerajaan yang berkuasa keatas Baitul Maqdis, maka nama kota suci ini selalu bertukar mengikut selera pihak yang menguasainya.


Antara nama-nama yang diberikan kepada kota ini adalah Jerusalem. Nama ini telah popular sejak 2500 tahun sebelum masihiyang diberikan oleh bangsa Kan’an, bangsa yang mula-mula menduduki tempat ini. Bangsa Kan’an datang dari sebelah tenggara Jazirah Arab. Jerusalem di eja juga Yerusalam, Yerusalem, Salam atau Salim yang menurut bahasa Cananit (Kan’an) bermakna perdamaian. Sebelumnya Jerusalem adalah nama tuhan bangsa Kan’an.


Selain Jerusalem, Baitul Maqdis juga diberi nama Kota Daud. Kota Daud dikaitkan dengan nama salah seorang raja yang berkuasa di Palestin yakni Raja Daud yang juga seorang nabi Allah. Selain itu, nama Aelia Capitolion diberikan oleh Kerajaan Rom apabila kuasa besar ini berjaya merebut dan menguasai kota ini. Kerajaan Rom telah menghancurkan bangunan-bangunan yang dibina oleh penguasa sebelumnya dan menukar namanya. Pada tahun 63 sebelum masihi, Rom telah menamakan wilayah disitu dengan nama Palestin. Akhirnya, nama Baitul Maqdis ini diberikan apabila Islam menguasai kota itu, yang bermakna Rumah Suci.


Selain Baitul Maqdis, ia juga dikenal nama Al-Qudus Asy-Syarif. Sebenarnya, sebelum Islam dapat menguasai kota ini, bangsa arab sudah menamakannya dengan Baitul Maqdis. Rasulullah sendiri ketika menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialaminya juga telah menamakannya Baitul Maqdis. Orang-oang Quraisy yang mendengarkannya termasuk Abu Jahal juga faham tentang Baitul Maqdis. Diantara sabda baginda berkaitan nama kota itu ialah : “ Apabila aku selesai melaksanakan aktiviti di Baitul Maqdis, aku di naikkan. Di samping nama-nama tersebut, Baitul Maqdis juga dipanggil Yepus, Yudea, Ary-il dan lain-lain. Sedang Regim Israil yang menguasai Baitul Maqdis sekarang, menamakannya dengan Ursalem Al-Qudus.

PARA PENGUASA BAITUL MAQDIS DARI ZAMAN KE ZAMAN


Tanah Baitul Maqdis yang subur dan letaknya yang strategik, telah mengundang berbagai kuasa gairah untuk menguasainya. Dengan demikian, peperangan untuk merebut kekuasaan sering terjadi di tempat ini. Bahkan di abad ke-21 ini peperangan tiada henti-hentinya disekitar Baitul Maqdis yang terjadi antara penduduk Palestin dengan para pengganas Israil yang menduduki tanah itu secara haram. Dibawah ini disenaraikan kuasa-kuasa yang pernah menguasai Baitul Maqdis dari zaman ke zaman yang dicatatkan oleh sejarah. Tahun 2500 sebelum masihi bangsa Kan’an datang menempati Baitul Maqdis. Bangsa ini datang dari arah tenggara dan merupakan kaum pertama yang datang ke bumi ini. Mereka menempati daerah bukit-bukit subur disitu dan manamainya dengan Yerusalem, Salem atau Urusalem yang bermakna kota perdamaian. Diceritakan bahawa Nabi Ibrahim telah datang ke kota ini ketika di bawah pemerintahan Raja Sadek untuk menyampaikan ajaran agama tauhid dan mendapat sambutan yang baik dari pihak raja.


Tahun 2000 sebelum masihi bangsa Asmorites telah datang kesini dari tempat yang sama dengan bangsa Kan’an. Kemudian disusul pula oleh bangsa Phonicia yang datang dari arah utara, seperti Byblosd, Tyhre, Sidon dan lain –lain. Tahun 1200 sebelum masihi, dua bangsa telah datang ke wilayah ini. Mereka adalah bangsa philistines yang menduduki sebahagian dari daerah bahagian selatan, dan bangsa yahudi menempati bahagian timur dari Laut Mati iaitu sebelah timur Jerusalem. Bangsa yahudi atau Bani Israil ini, telah dibawa keluar oleh Nabi Musa dan Nabi Harun setelah 400 tahun, mereka diperlakukan sebagai hamba abdi di negeri firaun itu.


Tahun 1025-586 sebelum masihi Bani Israil mulai berkuasa di Baitul Maqdis yang diantara rajanya seperti Raja Saul, Raja David ( Nabi Daud), Solomon ( Nabi Sulaiman, Israil dan Judea). Pada masa ini dibangunlah Haikal. Namun pada tahun 1010 sebelum masihi bangsa philistine dapat mengalahkan Raja Saul dan mengambil peti perjanjian iaitu Tabut. Tahun 539-331 sebelum masihi Jerusalem berada dibawah kekuasaan Parsi setelah mereka berjaya mengalahkan kerajaan Babylon. Pada masa itulah orang-orang yahudi yang satu ketika dahulu diangkut ke Babylon diizinkan pulang ke Jerusalem.


Namun pada tahun 627 Masihi kerajaan Rom dibawah Raja Hercules telah berjaya merebut Jerusalem dari Parsi semula. Hercules berjaya menghalau Parsi dari Jerusalem setelah mengerahkan pasukannya secara besar-besaran dan berperang selama berbelas tahun. Kini orang-orang yahudi pula, yang menjadi sasaran pembunuhan penguasa Rom kerana pengkianatannya itu. Mereka diburu, ditangkap, dibunuh atau dihalau keluar dari Jerusalem. Pihak Rom menuduh kaum yahudi membantu Parsi dalam peperangan tersebut dan dituduh pula sebagai penunjuk jalan dan menunjukkan tempat-tempat rahsia di dalam kota kepada pihak Parsi.


Itulah masa-masa akhir penguasaan Rom keatas Parsi kerana tidak lama kemudian pasukan Islam telah datang menyerangnya. Ketika itu Rom berada dalam keadaan lemah kerana baru shaja berperang dengan Parsi, maka dengan mudah para pahlawan Islam telah dapat mengalahkannya. Akhirnya pada tahun 636 Masihi, kota suci itu telah jatuh ke tangan Islam.



TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BAITUL MAQDIS


1. BAITUL LAHMI ( tempat kelahiran Nabi Isa)


Baitul Lahmi terletak diluar kawasan Baitul Maqdis yang jaraknya lebih kurang 17Km dari kota suci itu. Baitul Lahmi di Barat disebut sebagai Bethelehem adalah tempat Nabi Isa Alaihissalam dilahirkan oleh ibunya Maryam Binti Imran. Nabi Isa dilahirkan tanpa seorang ayah atas kekuasaan Allah. Menurut kisahnya apabila Mariam berasa kandungannya sudah sarat, dia pergi menjauh dari kaumnya dan melahirkan Nabi Isa di Bethelehem ini. Tempat itu dianggap suci oleh umat Kristian, dipercantik persekitarannya dan dijaga dengan baik. Selalunya, ada dua orang gadis yang merupakan biarawati gereja, menjaga tempat itu, berdiri dengan khusyuknya sambil menundukkan kepala ke bumi.


Sewaktu melakukan Isra’ Nabi Muhammad telah singgah di Baitul Lahmi ini, dan mengerjakan solat dua rakaat. Ini menunjukkan bahawa tempat ini sangat bersejarah. Tidak jauh dari tempat lahirnya Nabi Isa, terdapat makam Maryam Binti Imran, ibu Nabi Isa. Makam itu sekarang terletak didalam gereja Gethsemane. Ibnu Batutah yang pernah singgah di Bethelehem dalam perjalanannya pada lebih 600 tahun lalu mengatakan dalam bukunya: “ ditempat ini iaitu tempat lahirnya Nabi Isa, masih terdapat kesan pokok kurma yang dibuat sandaran oleh Maryam kerana kesakitan dan menggugurkan beberapa biji buah kurma yang baru masak dan sedap dimakan”.



2. TEMPAT NABI ISA “Disalib”


Di sekitar Baitul Maqdis juga terdapat tempat Nabi Isa Alaihissalam disalib oleh orang-orang yahudi yang jahat. Menurut keyakinan orang-orang Kristian, Nabi Isa telah disalib oleh musuh-musuh nyadan wafat ketika itu juga. Jenazahnya telah di makamkan di tempat tidak jauh dari tempatnya disalib yang dipanggil sebagai al-qiyamah. Mereka juga berkeyakinan bahawa setelah beberapa hari nabi isa berda didalam kuburnya yang dikawal ketat oleh tentera Rom, Nabi Isa bangkit dari kuburnya dan dinaikkan ke langit oleh Allah. Oleh kerana itu, tempat kubur teresebut dipanggil al-qiyamah yang bermakna bangkit.


Menurut ajaran Islam, Nabi Isa tidak mati dibunuh. Baginda diangkat dan diselamatkan oleh Allah, dari kezaliman musuh-musuhnya yang terdiri daripada orang-orang kafir yahudi. Sedang yang dibunuh oleh orang yahudi ditiang salib itu, adalah orang lain yang diserupakan oleh Allah seperti Nabi Isa. Bahkan dia adalah diantara musuh-musuh Nabi Isa sendiri.






3. DATARAN BUKIT ZION

Di Baitul Maqdis terdapat satu kawasan yang terletak di dataran tinggi yang dikenali sebagai dataran Zion yang sangat bersejarah. Dari nama dataran inilah, perherkan yahudi yang dikenali dengan Zionesme diambil. Diatas dataran Zion ini, satu ketika dahulu, pernah berdiri bangunan-bangunan ibadah yang sangat megah yang dibangun oleh Raja Daud Alaihissalam dan disempurnakan oleh puteranya Raja Sulaiman Alaihissalam. Rumah ibadat itu dikenali sebagai Bait Allah atau Haikal Sulaiman dan di dalam Islam dikenali sebagai Masjid Al-Aqsha. Ia menjadi kiblat pertama umat Islam ketika solat sebelum ditukar ke Kaabah di Mekah.


Bait Allah yang terkenal megah itu, dimusnahkan sama sekali oleh Raja Nebukadnezar dari Babylon sewaktu menakluki Baitul Maqdis. Berpuluh tahun kemudian ia dibina semula oleh Nabi Ezra. Lebih kurang 500 tahun kemudian Bait Allah itu dihancurkan lagi oleh Panglima Titus yang berjaya merebut Baitul Maqdis. Selain memusnahkan Bait Allah, dia juga menghalau orang-orang yahudi dari Palestin.


Diatas dataran Zion itu pula, Kaisar Constantine the Great yang memeluk agama Kristian mendirikan gereja yang cantik dan kemudian dipandang suci oleh penganut agama Kristian. 400 tahun kemudian gereja tersebut dihancurkan oleh Khosru Parviz dari Parsi apabila menakluki Palestin. Tetapi apabila Hercules Berjaya menakluk Baitul Maqdis setelah mengalahkan Parsi, gereja itu dibangun semula dengan lebih megah dan tetap dipandang suci sehingga kini.


Sewaktu Khalifah Umar bin Al-Khattab datang ke Baitul Maqdis untuk menerima penyerahan kota suci itu dari pihak Rom, beliau telah melawat bukit Zion untuk mengenal pasti tempat Bait Allah yang asal. Uskub agong Kristian telah menawarkan tempat didalam gereja itu kepada Khalifah untuk mengerjakan solat Zohor. Namun beliau menolak dan hanya mengerjakan solat Zohor disisi sebelah luar gereja tersebut. Beliau menggariskan tapak untuk bangunan masjid disisi gereja itu. Masjid itu pada masa sekarang dikenal sebagai Masjid Umar yang disempurnakan pembinaannya oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari daulat Bani Umaiyyah.


4. KOTA AL-KHALIL (HEBRON)


Al- Khalil adalah sebuah kota tua yang telah wujud sejak Nabi Ibrahim Alaihissalam yang kini dikongsi oleh Palastin dan Israel. Menurut riwayat Nabi Ibrahim isterinya Sarah anaknya Nabi Yaakub wafat dan dikuburkan di kota ini. Kerana itulah kota ini dipanggil Al- Kalil disamping nama asalnya Hebron.

Menurut Ibnu Kathir, walaupun riwayat mengenai kedudukan kubur Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain dari keturunannya tidak ditentukan dengan pasti, tapi kota Al- Khalil hendaklah dipelihara dan dijaga kehormatannya dengan baik. Kerana khuatir dibawahnya memang ada Nabi Ibrahim atau salah seorang dari anak-anaknya yang juga nabi dikuburkan disitu. Dikatakan pula, bahawa di kota Al- Khalil inilah letaknya masjid yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dengan dibantu oleh jin-jin yang mengangkat batu-batunya yang besar.


BAITUL MAQDIS TANAH YANG DIJANJIKAN KEPADA PARA RASUL ALLAH


Baitul Maqdis merupakan kota yang diberkati Allah dengan kesuburan tanahnya dan strategik letaknya. Kuasa-kuasa di sekitarnya silih berganti menguasainya. Perkara penting yang lebih besar lagi ialah kota itu menjadi tumpuan orang-orang besar berziarah, tinggal, hijrah atau dilahirkan. Nabi Ibrahim telah hijrah ke tanah itu setelah tidak sesuai tinggal ke negerinya, Nabi Musa dan kaumnya telah telah menuju ke tanah itu apabila keluar dari Mesir. Nabi Daud dan Sulaiman menjadi raja disitu dan Nabi Muhammad s.a.w. telah dibawa berziarah ke kota itu dalam perjalanan Israk’ dan Mikrajnya. Ramai juga para nabi dari kalangan Bani Israil yang diangkat menjadi Nabi di kota tersebut.


Salah satu keberkatan Baitul Maqdis ialah kerana tempat itu pernah didiami oleh Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam bersama keluarganya. Ahli sejarah sepakat bahawa Nabi Ibrahim berasal dari lembah Mesopotamia atau Iraq yang sekarang. Beliau tinggal di kampung Ur yang sekarang dipanggil kota An-Nashiriah yang terletak diantara sungai Tigris dan sungai Euphrates. Kerana timbul perselisihan di antara beliau dengan penguasa disitu, Nabi Ibrahim bersama-sama orang yang beriman dihalau keluar dari negeri itu. Raja disitu yang bernama Namruz marah kepada Nabi Ibrahim kerana beliau mengajak kepada agama Tauhid yakni menyembah Allah.


Nabi Ibrahim meniggalkan Ur dan bergerak ke utara menyusuri sungai Euphrate bersama kaum keluarga dan hartanya melalui kota Marie dan kemudian terus ke Haran Syria Utara. Beliau tiba di kota itu setelah menempuh jarak sejauh 900km dengan merentasi bukit bukau, padang pasir, sejuk dan kadang-kadang panas menyengat kulit. Dikatakan bahawa beliau tinggal agak lama di Haran untuk mengajak penduduknya menyembah Allah.


Setelah beberapa tahun di Haran, Nabi Ibrahim bersama rombongannya meneruskan perjalanan menuju Damsyik melalui kota Tadmur. Dari Tadmur Nabi Allah itu bergerak lagi menuju Baitul Maqdis sebagai destinasi yang terakhir. Kalau dicampur, jarak yang ditempuh oleh Nabi Ibrahim ialah 1860km. suatu perjalanan yang terhitung sangat jauh buat masa itu, kerana ditempuh dengan berjalan kaki atau mengenderai haiwan. Di setiap tempat disinggahi, menjalankan perintah Allah iaitu menyeru penduduknya agar menyembah menyebah Allah dan mentauhidkannya.


Di Baitul Maqdis inilah Nabi Ibrahim tinggal dan bekerja untuk menyara hidupnya disamping menjalankan tugas menyampaikan risalah Allah. Suatu ketika Baitul Maqdis dilanda musim susah sehingga ramai diantara penduduknya yang merantau keluar untuk mencari sumber kehidupan. Nabi Ibrahim juga ikut berpindah ke negeri Mesir bersama keluarganya dan juga anak saudaranya, yang bernama Nabi Luth Alaihissalam. Di Mesir Nabi Ibrahim dan Luth menjadi penguasa dan penternak yang berjaya.


Apabila sudah banyak harta, beliau pulang semula ke Baitul Maqdis dengan membawa harta kekayaan dan keluarganya. Beliau tinggal di Baitul Maqdis sambil berulang alik ke Mekah kerana melaksanakan perintah Allah. Di kemudian hari, anak cucu Nabi Ibrahim berkembang di Baitul Maqdis dan sekitarnya dan ramai di antara mereka yang diangkat menjadi nabi seperti Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusoff dan lain-lain. Bahkan diantara keturunan Nabi Ibrahim, ada yang menjadi nabi sekaligus menjdai raja di Baitul Maqdis ini, ialah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman bin Daud.


BANI ISRAIL MENGUASAI BAITUL MAQDIS
Nabi Musa wafat setelah berpuluh tahun menjalani perintah berkurung di padang Tih atas perintah Allah. Dikatakan bahawa beliau wafat ketika masa 40tahun hampir tamat. Oleh kerana itu sebelum wafat, beliau telah mendidik Yusyak bin Nun dan Kaleb bin Yafuna untuk memimpin Bani Israil agar tetap berpegang kepada ajaran tauhid dan meneruskan perjuangan merebut tanah suci Baitul Maqdis. Semua orang yang berusia 20tahun ke atas sudah didaftarkan sebagai wajib ikut berperang.

Dalam selama 40tahun Bani Israil berkurung, bererti genarasi pertama yang penakut kerana masih di bayangi pengaruh Firaun, hampir pupus seluruhnya. Para ulama mengatakan, bahawa sudah tidak seorang pun golongan yang berkata kepada Nabi Musa: “pergilah engkau bersama tuhanmu, berperanglah engkau berdua, sedang kami akan duduk sahaja disini, ” sudah tidak ada yang tinggal lagi.

Genarasi berikutnya sudah mempunyai keberanian kerana sudah tidak terpengaruh oleh sifat bapa-bapa mereka yang biasa hidup menjadi hamba di Mesir. Genarasi Bani Israil yang berani itulah yang dipimpin oleh Yusyak bin Nun dan Kaleb bin Yafuna sebagai penerus Nabi Musa. Mereka berdua memang telah dididik oleh Nabi Musa untuk memimpin Bani Israil mencapai tanah yang dijanjikan. Akhirnya baitul Maqdis telah berada di bawah kekuasaan keturunan Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim Khalilullah.

Namun Bani Israil ini terkenal sebagai kaum yang degil, tidak pandai mensyukuri nikmat Allah. Setelah beberapa lama tinggal didalam negara yang dianugerahkan Allah kepada nya, mereka mulai leka dan lalai sehingga sedikit demi sedikit kenikmatan itu dicabut oleh Allah. Ini terjadi apabila Yusyak bin Nun telah wafat 27tahun setelah kewafatan Nabi Musa. Kehidupan mereka mulai terancam lagi, kerana penduduk asli Jerussalem yakni bangsa Palestin mulai menggugat dan mendesaknya.

Dibawah kepimpinan Raja Daud yang juga seorang nabi, Bani Israil menjadi kuat dan kedudukannya di Baitul Maqdis semakin kukuh. Raja Daud digantikan oleh anaknya Nabi Sulaiman bin Daud. Raja Sulaiman sangat bijaksana dan mempunyai kepandaian yang luar biasa. Dibawah kepimpinannya, kaum Bani Israil menjadi kukuh dan pembangunan di Baitul Maqdis berkembang pesat. Beliau wafat dalam usia 52tahun setelah memerintah selama 40tahun.

Setelah wafat Nabi Sulaiman, kaum Bani Israil semakin merosot kerana kejahatan mereka sendiri. Mereka telah melanggar ajaran-ajaran agamanya, membunuh para nabinya, dan berkhianat. Itulah yang menyebabkan mereka dikutuk oleh Allah dan dihalau keluar dari Baitul Maqdis oleh kuasa-kuasa disekitarnya. Dengan demikian mereka sebenarnya sudah tiada hak lagi untuk menduduki tanah suci itu.