Tajuk: Rahsia Dan Kelebihan Dalam Hari Jumaat Dan Sabtu

Allah Subhanahu wa ta’ala telah menciptakan 7 hari dalam seminggu iaitu hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Daripada setiap hari tersebut tersingkap beberapa rahsia yang tidak diketahui ramai.

RAHSIA PADA SETIAP HARI

HARI AHAD
Menurut Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam , hari Ahad adalah hari menciptakan dan memakmurkan kerana pada hari itulah Allah menciptakan dunia dan memakmurkannya.

HARI ISNIN
Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . pernah ditanya tentang hari Isnin, dan baginda menjawab hari Isnin adalah hari pelayaran dan perniagaan kerana Nabi Syaits as. Telah belayar pada hari Isnin dan mendapat keuntungan yang banyak.

HARI SELASA
Hari Selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Nabi Adam membunuh saudaranya sendiri.

HARI RABU
Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . menerangkan bahawa hari Rabu adalah hari yang banyaknya terjadi nahas kerana pada hari itulah Allah Subhanahu wa ta’ala menenggelamkan Fir’aun dan kaumnya, memusnahkan kaun ‘Aad dan Tsamud dan kaum Saleh.

HARI KHAMIS
Manakala haei Khamis pula adalah hari tercapainya hajat kerana Nabi Ibrahim as. masuk mengadap Raja Mesir pada hari tersebut, maka dia telah mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar.

HARI JUMAAT
Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan kerana ramai para anbiya’ telah berkahwin pada hari tersebut.

HARI SABTU
Hari Sabtu pula, menurut Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . adalah hari tipu daya kerana waktu itulah kaum Quraisy telah melakukan tipu daya di Darunnadwah.
Di dalam ini saya akan mengulas tentang hari Jumaat dan Sabtu.

RAHSIA DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT
Terdapat banyak peristiwa pernikahan antara para anbiya’. Di antaranya ialah :
1 – Pernikahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa
2 – Pernikahan antara Nabi Yusuf dan Zulaikha
3 – Pernikahan antara Nabi Musa dan Syafrawa
4 – Pernikahan antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
5 – Pernikahan antara Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dengan Siti Khadijah
6 – Pernikahan antara Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dengan Siti Aisyah
7 – Pernikahan antara Saidina Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah

PERNIKAHAN ANTARA NABI ADAM DAN SITI HAWA
Selepas Allah Subhanahu wa ta’ala menciptakan Nabi Adam, Allah Subhanahu wa ta’ala . melihat Nabi Adam kesunyian tanpa teman. Jadi, Allah ingin menciptakan seorang lagi manusia untuk menjadi teman Nabi Adam. Semasa Nabi Adam sedang tidur, Allah memerintahkan malaikat Jibril supaya mengambil tulang rusuk kiri Nabi Adam. Daripada tulang rusuk kiri itu, Allah menjadikan seorang wanita yang diberi nama Hawa.
Selepas Nabi Adam bangkit dari tidurnya, Nabi Adam melihat ada seorang manusia di depannya. Maka berkatalah baginda, “Siapa kah engkau?”. Hawa pun menjawab, ”Aku telah diciptakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala . untuk kamu.”. Nabi Adam pun berkata lagi, ”Dekatlah engkau kepadaku.” Maka Hawa pun menjawab, ”Sebaiknya engkau lah datang kepadaku.”
Semenjak itulah telah menjadi kebiasaan, orang lelaki menemui dan meminang wanita.

Semasa Nabi Adam ingin memegang Hawa, kedengaran satu suara yang menegur bahawa pergaulan mereka tidak dihalalkan kecuali dengan mas kahwin dan nikah. Maka, Allah pun menyuruh semua penghuni Syurga untuk menghias Syurga bagi pernikahan anta Nabi Adam dan Hawa. Kemudian, Allah Subhanahu wa ta’ala . pun menikahkan mereka berdua. Selepas itu Hawa meminta Nabi Adam mas kahwinnya, Nabi Adam pun bertanya kepada Allah apakan mas kahwinh yang harus diberikan kepada Hawa. Allah pun menjawab bahawa mas kahwin Nabi Adam adalah dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . dan Allah akan menghalalkan perkahwinan mereka.

PERNIKAHAN ANTARA NABI MUSA DAN SYAFRAWA.
Nabi Musa adalah seorang yang miskin. Suatu hari, Nabi Musa menolong memberi minuman kepada ternakan Nabi Syuib as. dan tindakan Nabi Musa itu diperhatikan oleh puteri-puteri Nabi Syuib. Puteri-puteri Nabi Syuib pun menceritakan hal itu kepada Nabi Syuib. Kemudian Nabi Syuib menyuruh salah seorang puterinya untuk menjemput Nabi Musa datang kerumah. Maka, Syafrawa dengan malu-malunya pergi menjemput Nabi Musa. Sesampai sahaja di rumah, Syafrawa meminta kepada ayahnya supaya menjadikan Nabi Musa sebagai buruh mereka. Tetapi Nabi Syuib tidak melihat lagi kekuatan dan kejujuran Nabi Musa. Syafrawa pun menceritakan kepada Nabi Syuib kebaikan Nabi Musa. Nabi Musa Berjaya mengangkat batu yang sangat besar yang hanya mampu diangkat oleh 40 orang lelaki dan Nabi Musa menyuruh Syafrawa berjalan di belakang supaya Nabi Musa tidak melihat anggota badan Syafrawa.
Maka, Nabi Syuib pun mengambil Nabi Adam sebagai buruh dan Nabi Syuib berhasrat untuk menjadikan Nabi Musa sebagai menantunya. Dia pun menyatakan hasratnya kepada Nabi Musa tetapi Nabi Musa miskin dan tidak mampu untuk membayar mas kahwin. Nabi Syuib pun berkata bahawa mas kahwin Nabi Musa adalah bekerja dengannya selama 8 tahun dan jika lebih dari itu, maka ia adalah suatu kebaikan darinya. Kemudian Nabi Musa pun dikahwinkan dengan Syafrawa.

PERNIKAHAN ANTARA NABI MUHAMMAD Sallallahu ‘alaihi wa sallam . DENGAN SITI AISYAH.
Setelah Siti Khadijah meninggal dunia, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . merasa kehilangan dan sedih. Kemudian datang malaikat Jibril membawa sehelai daun dari syurga. Di daun itu terdapat lukisan wajah Siti Aisyah. Malaikat Jibril pun mengatakan bahawa Allah telah manikahkan baginda dengan gadis yang serupa dengan lukisan tersebut. Maka baginda pun menanyakan sahabat tentang lukisan itu. Para sahabat pun mengatakan bahawa lukisan itu mirip dengan anak perempuan Abu Bakar As-Siddiq. Rasullullah pun memanggil Abu Bakar dan mengatakan hal tersebut.

Maka Abu Bakar pun berkata, ”Ya Rasullullah, semoga Allah member selawat dan salam ke atas baginda, sebenarnya dia masih anak-anak, mungkin belum dapat berkhidmat untuk baginda.” Maka Rasullullah pun menjawab, ”Seandainya dia tidak dapat berkhidmat denganku, tidak mungkin Allah mengahwinkan dia denganku.”
Kemudian Siti Aisyah pun dinikahi oleh Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . selepas itu, Abu Bakar pun pulang dan mengisikan sebuah mangkuk dengan buah kurma, kemudian dia pun menyuruh Siti Aisyah untuk memberikan buah kurma itu kepada Rasullullah. Siti Aisyah pun pergi dan memberikan buah kurma itu kepada Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . kemudian Rasullullah menarik sedikit selendang Siti Aisyah. Melihat perbuatan Rasullullah itu, Sitio Aisyah menjadi marah dan terus pulang. Abu Bakar melihat wajah Siti Aisyah dan bertanya tentang Rasullulah. Siti Aisyah pun menceritakan hal yang terjadi kepada ayahnya. Abu Bakar pun menerangkan bahawa dia telah menikahkan Siti Aisyah dengan baginda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . kemudian Siti Aisyah pun menundukkan muka tanda malu.
Ada diantara para ulama’ yang mengatakan Siti Aisyah merasa bahagia kerana 3 perkara iaitu :
1- Siti Aisyah dinikahi oleh Rasullullah dalam keadaan gadis.
2- Siti Aisyah dinikahkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam di langit.
3- Allah Subhanahu wa ta’ala menurunkan ayat tentang Siti Aisyah dan untuknya.

PERNIKAHAN ANTARA SAIDINA ALI BIN ABI THALIB DENGAN FATIMAH
Fatimah adalah puteri Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . ketika Fatimah meningkat dewasa, Nabi Muhammad menjadi sedih kerana Fatimah sudah tidak ada ibu yang mahu menguruskan pernikahannya. Malaikat Jibril pun turun membawa firman Allah, ”Janganlah engkau bersedih hati kerana Fatimah sebab Aku lebih mencintainya berbanding kecintaanmu terhadapnya. Maka serahkan urusan perkahwinannya kepadaKu. Aku akan mengahwinkannya dengan orang yang Aku cintai juga.” Rasullullah pun bersujud tanda kesyukuran. Allah Subhanahu wa ta’ala ingin mengahwinkan Fatimah dengan Saidina Ali bin Abi Thalib.
Kemudian datanglah ramai-ramai malaikat membawa perhiasan dari syurga kemudian Rasullullah mengatakan bahawa Fatimah redha dengan apa yang baginda redha. Sesungguhnya baginda lebih suka jika hadiah itu diberikan di waktu akhirat sahaja.

Kemudian Rasullullah menanyakan Jibril tentang hal pernikahan Fatimah dengan Saidina Ali. Jibril pun menceritakan bahawa Allah telah membuka semua pintu Syurga dan menutup semua pintu neraka. Allah menghias arsy, Kursi, pokok Thuba, dan Sidratul Muntaha. Setelah itu Allah membaca khutbah pernikahan Saidina Ali dengan Fatimah. Di dunia, Rasullullah memberitahu hal tersebut kepada Saidina Ali dan Fatimah. Baginda pun mengumpulkan para sahabat di masjid. Turunlah Jibril memberitahu bahawa Allah menyuruh Saidina Ali untuk membaca khutbah pernikahannya sendiri. Maka Saidina Ali pun membaca khutbah pernikahannya dengan Fatimah. Kemudian Jibril turun dan membawa kain sutera dan berkata, ”Allah menjadikan mas kahwin Siti Fatimah puteri Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . berupa syafaat bagi orang-orang yang berdosa di antara umatnya.”

RAHSIA DAN KELEBIHAN HARI SABTU.
Terdapat banyak peristiwa tipu daya yang telah berlakupada hari Sabtu. Antaranya ialah :
1 – Kaum Nuh melakukan tipu daya terhadap Nabi Nuh.
2 – Kaum Saleh melakukan tipu daya terhadap Nabi Saleh.
3 – Saudara-saudara Yusuf melakukan tipu daya terhadap Nabi Yusuf.
4 – Kaum Musa melakukan tipu daya terhadap nabi Musa.
5 – Kaum Isa melakukan tipu daya terhadap Nabi Isa.
6 – Kaum Quraisy melakukan tipu daya terhadap Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam .
7 – Kaum Bani Israil melakukan tipu daya atas larangan Allah Subhanahu wa ta’ala .

KAUM NUH MELAKUKAN TIPU DAYA TERHADAP NABI NUH
Kaum Nuh tidak mahu mengikut ajaran yang telah disampaikan oleh Nabi Nuh. Mereka ingin mengusir Nabi Nuh keluar dari masyarakat mereka. Maka, Allah membalas perbuatan mereka dengan menurunkan azab seperti mengeluarkan mata air-mata air yang panas dari bumi, dan Allah menurunkan air yang sangat sejuk dari langit serta Allah datangkan pula angin taufan yang kuat kepada mereka.
Ketika azab yang ingin diturunkan hampir tiba, Allah ingin menyelamatkan Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala . Allah menyuruh malaikat Jibril untuk turun dan mengajar Nabi Nuh cara-cara untuk bertukang. Malaikat Jibril pun menyuruh Nabi Nuh untuk memotong kayu sebanyak 124000 dan setiap dari kayu itu terdapat nama-nama nabi. Maka, Nabi Nuh pun berkata, ”Sesungguhnya aku tidak mengetahui semua nama-nama nabi.”
Allah pun berfirman, ”Wahai Nuh, tugas kamu adalah memotong papan tersebut, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Aku lah yang melakukannya.”
Kemudian Allah Subhanahu wa ta’ala . menyuruh Nabi Nuh ntuk menyiapkan paku-paku. Dan setiap paku iu tecantum nama-nama nabi. Ketika kaum Nuh melihat pekerjaan Nabi Nuh itu, mereka pun mengejek-ejek nabi Nuh. Dan turunlah firman Allah :
“ Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh : “Jika engkau menejek kami, maka sesungguhnya kami pun mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami) ”.
Selepas bahtera itu siap, maka, turunlah azab yang dijanjikan Allah itu.

TIPU DAYA KAUM SALEH TERHADAP NABI SALEH.
Nabi Saleh mempunyai seekor unta sebagai tanda kemukjizatannya. Nabi Saleh menyuruh kaumnya supaya memanfaatkan unta tersebut tanpa membunuh unta tersebut. Tetapi mereka ingkar dengan Nabi Saleh dan membunuh unta tersebut. Sebagai balasan, Allah membalas perbuatan mereka dengan mengubah wajah mereka. Pada hari pertama, Allah mengubah warna wajah mereka kepada warna merah, hari kedua berwarna kuning, hari ketiga berwarna hitam dan hari keempat mereka dibinasakan dengan satu pekikan kuat oleh malaikat Jibril.

TIPU DAYA KAUM MUSA TERHADAP NABI MUSA.
Fir’aun dan Haman berkata kepada kepada Nabi Musa, ”Engkau telah pergi meninggalkan kami untuk mempelajari sihir, dan sekarang engkau datang kepada kami, maka kami akan mengumpulkan tukang-tukang sihir untuk bertanding dengan mu.”
Kemudian mereka pun mengumpulkan tukang-tukang sihir yang handal dengan 70 000 alat-alat sihir mereka. Tukang-tukang sihir itupun melemparkan alat-alat mereka dan alat-alat mereka itu berubah menjadi berbagai jenis ular. Nabi Musa menjadi bimbang tetapi Allah Subhanahu wa ta’ala mewahyukan kepada Nabi Musa, supaya tidak bimbang sesungguhnya Nabi Musalah yang akan menang.
Kemudian giliran Nabi Musa pula. Allah Subhanahu wa ta’ala . menyuruh Nabi Musa untuk melemparkan tongkat yang berada di tangannya. Maka Nabi Musa pun melemparkan tongkat tersebut. Tongkat tersebut berubah menjadi ular yang tersangat besar dan ular itu menelan kesemua 70 000 alat tukang sihir itu. Kemudian, ular itu menuju kearah tukang-tukang sihir tersebut, maka berlarilah mereka. Nabi Musa pun cepat-cepat mengambil ular tersebut dan ular tersebut berubah semula menjadi tongkat Nabi Musa.
Selepas melihat peristiwa itu, tukang-tukang sihir itu pun menundukkan diri dan berkata, ”Kami beriman dengan Tuhan semesta alam iaitu Tuhan Musa dan Harun.” Ketika mereka sujud, Allah menampakkan kepada mereka semua seluruh isi bumi sehinggalah ke arsy sehingga mereka berasa rindu dengan kebenaran yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala .
Fir’aun menjadi murka kerana tukang-tukang sihir itu telah beriman dengan Allah Subhanahu wa ta’ala . Maka Fir’aun pun mahu menghukum mereka dengan memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang. Mereka pun berkata, ”Sesungguhnya engkau hanya boleh memotong tangan dan kaki kami tetapi engkau tidak mampu untuk memotong maqfirah di hati kami. Itu lah peristiwa tipu daya Kaum Nabi Musa terhadap Nabi Musa.
TIPU DAYA KAUM ISA TERHADAP NABI ISA
Orang-orang Yahudi mengatakan bahawa Nabi Isa adalah seorang tukang sihir dan segala mukjizat yang ditunjukkan kepada kaumnya itu ditolak oleh mereka. Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Isa juga telah ditolah oleh mereka. Nabi Isa menjadi sangat sedih dengan perbuatan mereka itu. Nabi Isa pun berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kemudian Allah memakbulkan doa Nabi Isa itu.
Allah Subhanahu wa ta’ala . telah mengubah wajah orang0orang Yahudi tersebut menjadi kera-kera dan babi-babi. Mendengar cerita itu, pemimpin Yahudi menjadi takut. Dia takut Nabi Isa akan bermohon kecelakaan terhadap dirinya. Maka dia pun memerintahkan supaya Nabi Isa dibunuh.
Berkumpullah kaum-kaum Yahudi. Ketika mereka ingin membunuh Nabi Isa, Nabi Isa sedang berada di dalam satu bangunan. Maka kumpulan Yahudi itu pun menyuruh salah seorang dari mereka untuk masuk kedalam bangunan tersebut dan membunuh Nabi Isa. Masuklah salah seorang dari kumpulan itu kedalam bangunan tersebut. Tetapi, Nabi Isa telah diselamatkan oleh malaikat Jibril dengan membawa Nabi Isa keatas. Maka berubahlah wajah orang yang mahu membunuh Nabi Isa itu mirip dangan Nabi Isa. Kemudian kumpulan Yahudi itu pun masuk dan menangkap orang yang mirip dengan muka Nabi Isa itu. Orang tersebut telah disalib oleh kumpulannya sendiri. Jadi, orang Yahudi tersebut percaya bahawa mereka te;ah membunuh Nabi Isa tetapi kebenarannya, Nabi Isa telah diselamatkan Allah Subhanahu wa ta’ala .

..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com