Tajuk: Kenalilah Tamadun (Al-Hadarah)

KONSEP TAMADUN

Peristilahan Tamadun
Setiap bangsa di dunia ini mempunyai istilah yang berbeza mengenai tamadun.Ini untuk menunjukkan tahap kegemilangan peradaban dan kemajuan hidup yang telah dicapai.Dalam buku ini telah membahagikan istilah tamadun kepada beberapa istilah mengikut pandangan individu dan bahasa yang berbeza.Setiap pandangan individu itu mewakili bahasa yang tertentu, seperti :

BAHASA MELAYU
Tamadun istilah popular dalm bahasa Melayu yang menceritakan tentang dg kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai.(Amdun Husain, 1986;548).Perkataan “Tamadun” berasal dari perkataan Arab madana, madinah, madaniyyah bermaksud masyarakat bandar yang terbina melalui proses urbanisasi.
Kemakmuran diambil daripada perkataan Umran.Peradaban yang merangkum maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta kehalusan dan keluhuran budi.
Hasil gabungan ketiga-tiga istilah di atas, memberi makna : Sebuah masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adab-adab dan tatsusila hidup serta berbudi luhur.Namun, jika istilah tamadun dilihat dari sudut perspektif Islam, ia merangkumi pembangunan spiritual dan material secara serentak.
Dapatlah dilihat bahawa penulis menunjukkan bahawa istilah tamadun dalam bahasa Melayu menitikberatkan pembangunan urbanisasi dan keluhuran tatasusila.

BAHASA INGGERIS
Apa yang dapat dilihat, penulis cuba memaparkan maksud tamadun atau civilization dari beberapa individu Barat.Menurut Collingwood : Civilization merupakan “Suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civill(sopan), membawa lahirnya ciri-ciri masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan budi”.Dalam bahasa Greek disebut “Civitas’ bermaksud bandar atau kota.(The World Book of Encyclopedia, 1981 ; 494) 
Gordon Childe pula mendefinisikan sebagai : Suatu proses revolusi perbandaran yang memberi penekanan kepada pencapaian material.
E.B Taylor(ahli antropologi) menyamakan istilah tamadun dengan budaya sebagai suatu yang merangkumi makna keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni moral, undang-undang, adapt dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggot masyarakat.
Berdasarkan kenyataan dan pandangan yang dikemukakan, istilah civilization jika dikaitkan dengan perkataan asal dalam bahasa Greek, kelihatan penekanan yang diberikan lebih kepada aspek moral sebagai asas lahirnya masyarakat Bandar atau kota yang bertamadun.Mungkin disebabkan muncul beberapa ahli falsafah terkenal seperti Aristotle, Socrates dan Plato yang menekankan hubungan kehidupan manusia dengan tamadun.

BAHASA ARAB

Terdapat beberapa istilah tamadun dalam bahasa Arab yang diketengahkan oleh penulis dalam buku ini.Antaranya :
- Jurji Zaidan – menggunakan istilah tamaddun
- al-Hadarah – membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan.
- Ibnu Khaldun – Dalam bukunya al-Muqaddimah, memperkenalkan istilah “Umran”, membawa maksud, kawasan tanah dan rumah yang diduduki dan tinggal menetap dalam keadaan berkembang subur dan makmur.Ia merangkumi perkataan bunyan yang bermaksud, terdapat kerja-kerja pembinaan bangunan.


- Mohammad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi – menggunakan istilah al-madanniyah yang membawa maksud pembinaan kota dan tempat tinggal menetap.

Perbezaan madanniyah dan hadarah terletak pada lapangan masing-masing.Hadharah merupakan pembinaan insaniah manusia(kerohanian) sementara madanniyah menjurus pembinaan material.Hasil gabungan dua maksud di atas memberi maksud sebenar tamadun menurut perspektif Islam.

CIRI-CIRI UNIVERSAL SESEBUAH TAMADUN
Di sini penulis menyenaraikan beberapa ciri-ciri universal dalam asas pelengkapan tamadun Islam.Ciri-ciri asas tamadun menurut pandangan global ialah, seluruh masyarakat dunia menerima pakai bahawa ciri-ciri yang dinyatakan sebagai ciri-ciri asas bagi seluruh tamadun selain Islam.Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
- Penempatan kekal
- Peningkatan kualiti hidup yang lebih sempurna
- Wujud organisasi dan institusi social(stratifikasi sosial) 
- Kehidupan beragama
- Wujudnya bandar(Urbanisasi) 
- Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
- Berkembangnya sistem teknologi maklumat
- Organisasi politik dan pemerintahan yang kuat dan mantap

IMBASAN SEJARAH TAMADUN SILAM
Jika diimbas kembali pada lipatan sejarah tamadun dunia, terdapat beberapa tamadun silam yang pernah muncul dan mampu bertahan sehingga beberapa kurun.Tamadun-tamadun ini memperlihatkan corak pemerintahan yang berbeza, dasar negara yang berlainan serta kehidupan sosial dan sara hidup yang unik yang menunjukkan kepada corak budaya juga kepercayaan yang dianuti.
Selain itu, tamadun-tamadun ini banyak memberikan sumbangan dalam menyusun pentadbiran, ekonomi, undang-undang dan teknologi.Di lihat dalam buku ini bahawa kesemua tamadun ini bermula di lembah-lembah pantai dan muara sungai yang merupakan lokasi tumpuan dalam menjalankan aktiviti perdagangan juga pusat pemerintahan.
Antara tamadun silam itu ialah :
- TAMADUN MESOPOTAMIA
- TAMADUN MESIR KUNO
- TAMADUN LEMBAH INDUS
- TAMADUN GREEK-YUNANI

FAKTOR KEJAYAAN SESEBUAH TAMADUN
Berdasarkan kejayaan dan pencapaian tamadun silam yang terdahulu, dapatlah disebutkan bahawa, kejayaan sesebuah tamadun mempunyai hubungan rapat dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculannya.Antaranya ialah :
- POLITIK KUKUH DAN STABIL
- EKONOMI BERKEMBANG BAIK
- SOSIAL HARMONI
- KEDUDUKAN GEOGRAFI YANG STRATEGIK
- RANGSANGAN KEAGAMAAN
- TOLERANSI TERHADAP TAMADUN LAIN

FAKTOR KEMOROSOTAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
Punca kemerosotan dan kejatuhan ini sudah pasti mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan boleh dijadikan iktibar dan pengajaran yang sangat berguna kepada generasi yang mahu berfikir.Di sini penulis mengenengahkan antara sebab-sebab kemorosotan ini :
- PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN
- BENCANA ALAM(Hukuman Allah) 
- PEMIMPINTIDAK BERWIBAWA

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN
Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, interaksi antara tamadun merupakan satu kewajipan.Interaksi ini membawa pelabagai kesan sama ada positif mahupun negatif.

DEFINISI INTERAKSI
Penyerapan budaya luar ke dalam budaya tempatan melalui proses asimilasi dalam jangka masa tertentu sehingga budaya asal tempatan kehilangan identitinya.

FAKTOR INTERAKSI
- Berlaku keserasian antara budaya
- Penjajahan
- Perdagangan
- Pendidikan dan ilmu pengetahuan
- Ibadah dan ziarah
- Perkahwinan

KESAN INTERAKSI
• POSITIF
Interaksi ini berlaku secara harmoni dan tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya yang mana membawa kepada kebaikan dan kehidupan sosial yang lebih baik.
• NEGATIF
Interaksi yang berlaku secara pertembungan mengejut sukar diterima oleh masyarakat tempatan disebabkan terlalu jauh berbeza dengan budaya tempatan, lebih-lebih lagi berlainan tuntutan keagamaan.Interaksi seperti ini boleh membawa berlakunya penentangan dan peperangan secara terbuka.


NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM SESEBUAH TAMADUN
(ISLAM, CHINA DAN INDIA) 
DEFINISI
“Sesuatu elemen murni yang terdapat dalam sesebuah tamadun terbukti
memberi pengaruh besar terhadap keselesaan hidup, kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran serta menjadi pegangan masyarakat untuk dihayati dan dipertahankan “

NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN ISLAM
- NILAI INSANIAH
- NILAI KEILMUAN
- NILAI KEPERCAYAAN ATAU KEIMANAN TERHADAP KUASA ALLAH Subhanahu wa ta’ala 
- NILAI PERATURAN DAN PERUNDANGAN
- NILAI AKHLAK BAIK
- NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA
- DHARMA
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KARMA
- AHIMSA
- SATYA
- PERPADUAN


NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN CHINA
• NILAI ASAS
- Nilai kepercayaan terhadap kuasa ghaib
- Tian
- Di@ti
- Dao@Tao
1. Yin dan Yang
- NILAI ETIKA DAN PERUNDANGAN
- NILAI AKHLAK KEMANUSIAAN

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA
Di dalam buku ini diterangkan bahawa tamadun dan agama mempunyai hubungan yang amat erat dalam proses membina peradaban yang gemilang.Sesebuah tamadun biasanya muncul serentak dengan agama.Identiti agama bagi sesebuah masyarakat dapat dikenali melalui kewujudan rumah-rumah ibadah yang didirikan.
Masyarakat Islam umpamanya dapat dikenali apabila terdapatnya bangunan masjid atau surau dan lebih membuktikan apabila terdengar laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.Demikian juga masyarakat Hindu dengan kuilnya, Buddha dengan tokongnya dan Kristian dengan gerejanya.
Rumah-rumah ibadah berperanan bukan sahaja untuk tujuan beribadah semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu ia bertindak sebagai pusat khidmat dan kegiatan masyarakat.
Oleh yang demikian, tepat sekali jika dikatakan peradaban sesebuah masyarakat banyak dicorakkan oleh nilai-nilai murni yang lahir daripada tuntutan peraturan agama yang dianuti masing-masing.Malah tamadun yang membangun di tepi jurang yang dalam, sentiasa berhadapan dengan risiko kemusnahan pada bila-bila masa sahaja.

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA SESEBUAH TAMADUN
Antara tamadun dengan tamadun biasanya terdapat perbezaan dan persamaan antara satu sama lain.Bagaimanapun aspek persamaan kelihatan lebih ketara kerana masing-masing tamadun mempunyai nilai-nilai murni yang bersifat sejagat dan boleh dikongsi.Antara aspek yang boleh dilihat adalah seperti berikut :
- PERBEZAAN DALAM ILMU KETUHANAN(Theology) 
- ETIKA(Ethics) 
# Menyentuh tentang persamaan antara pelbagai tamadun mengenai etika, dapat dilihat melalui beberapa perspektif seperti :
- Pendidikan
- Ekonomi
- Kekeluargaan
- Komuniti
- Politik
- Institusi Keagamaan

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN, BUDAYA DAN BANGSA
Pada tajuk ini, penulis menghuraikan dan menerangakan tentang hubungan tamadun beserta dengan budaya dan bangsa.Sesetengah sarjana Barat berpendapat, tamadun dan budaya adalah sama dari perspektif tasawwurnya, masing-masing membicarakan permasalahan mengenai material, moral, spiritual dan estetik kecuali dalam dua hal : Tidak semua unsur budaya dianggap tamadun kecuali ia lebih kekal.Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja di kalangan masyarakat Jepun yang wujud semenjak sekian lama dan berpanjangan hingga kini.Bagaimanapun ia tidak berlaku pada hal-hal yang selalu terdedah kepada perubahan, seperti ekonomi yang sentiasa berkeadaan turun naik : ada masa ia melonjak naik dan ada masanya pula jatuh merudum.
Budaya biasanya dikaitkan dengan wilayah tertentu seperti budaya masyarakat Cina, India dan Melayu.Manakala masyarakat Melayu pula berbeza dari segi negeri-negeri Malaysia; budaya masyarakat Kelantan tidak sama dengan masyarakat Selangor, Johor tidak sama dengan Kedah dan sebagainya.Keadaan ini tidak berlaku kepada tamadun, kerana ia bersifat merentas dan melampaui sempadan geografi.Sebagai contoh Tamadun Islam, di mana sahaja terdapat umat Islam yang kuat berpegang pada agamanya, Di situlah tertegaknya Tamadun Islam.Begitu juga dengan Tamadun Barat yang melampui seluruh negara Barat seperti Amerika, British, Perancis, Sepanyol dan negara Eropah.
Manakala bangsa pula lebih terikat dengan sejarah tradisi, budaya dan kawasan geografi tertentu.Sedangkan Tamadun tidak terhad kepada tradisi, budaya dan geografi.Sebagai contoh, Tamadun Barat yang merangkumi pelbagai bangsa Eropah Amerika Utara.Demikian juga Tamadun Islam yang merentas pelbagai bangsa dan wilayah yang berada di bawah kuasa politik negara Islam.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, Ilmu ketamadunan mempunyai banyak perkara yang tersirat dan penting.Melaluinya kita dapat memahami bahawa untuk membina sesebuah tamadun yang gemilang dan mengikut acuan syiar Islam haruslah mengambil kira pelabagai aspek dan faktr yang penting untuk memastikan kemakmuran, keharmonian dan keunggulan sesebuah Tamadun Islam itu dapat dipelihara dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala .
Buku KENALILAH TAMADUN(al-Hadarah) mengenengahkan input-input penting bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh mengenai ketamadunan terutama yang mengenai pengenalan ilmu ketamadunan. Penulis mengupas dengan jelas mengenai tajuk ini(pengenalan ilmu ketamadunan) dengan menghuraikannya melalui beberapa perkara penting. Antaranya, menerangkan dengan jelas mengenai konsep, faktor kejayaan dan kemerosotan tamadun, interaksi dan sebagainya.
Mengenali tamadun banyak memberi kita pengajaran. Apabila kita mempelajari mengenai tamadun dan mengetahui ilmu ketamadunan, ini secara tidak langsung akan memberi banyak impak positif terutamanya kepada generasi muda akan datang. Generasi muda akan datang yang merupakan bakal-bakal pemimpin dapat mengadaptasi ilmu yang mereka pelajari untuk mengelakkan diri dan negara secara tidak langung ke arah yang jalan yang negatif.
Akhirnya, saya dapat katakan yang buku ini amat baik untuk untuk dibaca terutama bagi individu yang ingin lebih memahami konsep ketamadunan, pembinaan Tamadun Islam, serta mengetahui masalah dan cabaran yang dihadapi oleh negara Islam pada masa kini.

..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com