Sebab Musabab Yang Menyebabkan Penghuni-Penghuni Kubur Diseksa

Oleh: Nur Safirah Binti Subni

Dua cara : Secara ringkas dan secara terperinci
Yang ringkas iaitu mereka kerana tidak mengenali Tuhan, dan mensia-siakanNya, dan kerana melakukan maksiat terhadapNya. Tuhan tidak akan menyeksa sesuatu roh yang mengenal Tuhan, roh yang mengasihiNya, roh yanh mematuhi perintahNya serta menjauhi tegahanNya. Allah tidak akan menyeksa tubuh didalam kubur sama sekali, sebab seksa kubur dan seksa akhirat itu adalah kesan dari kemurkaan Allah dan kemarahanNya terhadap hambaNya. Maka barangsiapa yang memurkakan Allah di salam alam dunia ini, jemudian dia tidak bertaubat, lalu mati dalam keadaan dimurkai Allah, maka baginya akan turun seksa alam Barzakh sekadar kemarah dan kemurkaan Allah terhadapnya. Jika sedikit, maka seksanya juga sedikit, dan jika banyak maka seksanya juga banyak.

Apapun jawapan yang terperinci, Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahu kita tentang dua orang lelaki yang didapati sedang diseksa di dalam kubur mereka, yang satu suka membawa mulut kepada orang ramai, sedang yang lain telah meniggalkan pengetusan dari kencing. Lelaki yang akhir ini telah meniggalkan kebersihan yang wajib, manakala lelaki yang pertama menyebabkan permusuhan antara manusia dengan lisannya, meskipun apa yang dikatakannya adalah benar. Ini sebagai satu peringatan kepada orang yang mencetuskan permusuhan antara manusia dengan berkata bohong, dusta atau membuat tuduhan yang palsu itu seksanya lebih berat. Begitu juga dengan orang yang tidak mengetus kencingnya itu sebagai satu peringatan kepada orang yang meniggalkan sembahyang, yang pengetusan dari kencing itu merupakan sebahagian dari syarat-syarat sah sembahyang, maka meniggalkan sembahyang itu adalah lebih berat seksanya.

Di salam Hadis Syu’bah pula berbunyi begini : adapun salah seorang dari dua lelaki itu suka memakan daging manusia, maksudnya suka mengata dusta ataupun suka membawa mulut.

Sebelum ini ada sebuah Hadis dari pada Ibnu Mas’ud r.a. yang menceritakan tentang penghuni kubur yang dipukul dengan cabuk yang memenuhi segala pengjuru kubur api, disebabkan dia pernah barsembahyang satu sembahyang sahaja tanpa berwudhu’, dan dia pernah melihat seorang yang teraniaya tetapi dia tidak membantunya.

Terdahulu juga sebuah hadis daripada Samurahyang disebut didalam ‘Sahih Bukhari’ tentang pendustaan orang yang berdusta satu dusta sahaja, lalu seksanya meliputi semua angkasa. Juga tentang penyeksaan seorang yang pandai mem, baca Al-Quran kemudian dia tidur meninggalkannya, dan dia tidak mengamalkan surunNya puladi siang hari. Juga tentang penyeksaan penzina sama ada lelaki ataupun perempuan, penyeksaan pemakan riba, yang semua itu benar-benar telah disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w di alam barzakh itu.

Terdahulu juga ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. tentang orang yang menghempaskan batu keatas kepala orang, kerana dia merasa malas untuk mengrjakan sembahyang; orang yang pergi memakan daun pahit dari pepohon yng berduri kerana tidak menunaikan zakat hartanya; orang yang memakan daging yang busuk dan mentah kerana dosa melakukan zina; orang yang menggunting bibir-bibirnya dengan gunting besi neraka kerana suka membuat fitnahdi dalam bicara dan pidatonya.

Terdahulu juga pada hadis Abu Said ada kata-kata seperti : dan pembalasan orang yang melakukan dosa-dosa itu ; diantara mereka itu ada perutnya yang kembung seperti rumah, yang diinjak-injak oleh binatang, iaitu pemakan riba, di antara mereka ada yang mulutnya ternganga, lalu dilontarkan kedalamnya bara api sehingga keluar semuladari bawahnya, iaitu orang-orang yang memakan harta anak yatim; di antara mereka orang- orang yang tergantung dengan cangkuk di dadanya, iaitu wanita-wanita penzina; di antara mereka orang-orang yang memotong anggotanya sendiri, lalu dimakan dagingnya, iaitu orang yang suka mencaci maki; di antara mereka orang-orang dijadikan kukunya dari tembaga, lalu mereka mencakar wajah-wajah dan dadanya sendiri, iaitu orang yang suka menjaga tepi kain orng lain.

Nabi s.a.w juga telah memberitahu kita tentang cerita orang yang mencuri sepasang kain dari rampasan perang yang belum dibahagi, lalu kain itu bernyala-nyala disekitar kuburnya. Ini berlaku padanya padahal sia mempunyai hak pada harta rampasan itu, maka bagaimana pula dengan seorang yang zalim yang merampas hak orang lain yang dia tiada hak padanya?

Maksiat Yang Membawa Kepada Seksa Kubur

Seksa kubur itu disebabkan maksiat-maksiat dari hati, mata, telinga, mulut, lisan, perut, kemaluan, tangan, kaki dan tubuh seluruhnya. Jadi orang yang suka mengata nista, membawa mulut, berdusta, mencaci, bersaksi bohong, menuduh jahat terhadap wanita yang baik, menimbulkan fitnah di antara manusia, mengajak orang membuat bid’ah yang terlarang, berkata sesuatu yang tidak benar terhadap Allahdan rasulNya, suka menambah-nambah di dalam perkataannya, pemakan riba, pemakan harta anak yatim, pemakan haram seperti rasywah atau wang ugut atau seumpama itu, pemakan harta saudaranya yang Muslimtanpa hak, perampas harta seorang kafir zimmi (di bawah naungan Islam), peminum arak, penzina, peliwat, pencuri, penipu, pengkhianat, pengugut, pemakan riba, pemberinya, penulisnya, penyaksinya, pembawanya, dan orang yang telah dibawakan kepadanya, pembuat helah untuk menggugurkan apa yang difardhukan Allah, dan untuk melanggar pengharammanNya, orang yang menyusahkan kaum Muslimin, pengintip terhadap rahsia-rahsia mereka, orang yang menghukum dengan selain dari hukum Allah, orang yang menfatwakan dengan tidak mengikut syariat Allah, pembantu orang yang membuat dosa dan penganiayaan, pembunuh iri sendiri yang diharamkan Allahuntuk membinasakannya, pelanggar batasan-batasan Allah, orng yang menyalahgunakan hakikat nama-nama Allah, sifat-sifatNya dan yang menjadi mulhid, yakni mengingkari segala-galanya, orang mengemukakan pendapatnya, pemikirannya, siasatannya yang menyalahi sunnah yakni perjalanan yang ditentukan oleh Rasullah s.a.w, orang yang meraung terhadap orang mati, orang yang mendengar kepanya dan menganjurkannya, orang yang menyanyikan nyanyian yang diharamkan Allah dan rasulNya, orang yang mendengar kepadanya, orang yang membangunkan tempat duduk di atas kubur serta menghidupkan di atasnya lilin dan lampu, orang yang melebihkan haknya apabila menimbang dari orang lain serta mengurangkan timbangannya apabila memberikan kepada orang lain, orang yang mengangkat diri, takabbur, riya’, berbisik-bisikkan hal yang tidak baik kepada temannya, orng yng perkecil-kecilkan para salaf, orang yang mendatangi para ahli sihir, penilik, penserapah, serta semua orang yang datang kepada mereka, meminta dari merka serta mempaercayai mereka, pembantu orang-orang yang zalim dan aniaya yang telah menjual akhirat mereka dengan dunia lain, orang yang jika anda ingatkan tentang batasan Allah, dia tidak peduli dan tidak mahu mengikutnya, tetapi jika anda menakutkannya dengan seorang makhluk yang jahat, dia takut dan tunduk kepadanya lalu dia berhenti dari melakukan apa yang tidak disukai oleh penganiaya itu, orang yang apabila ditunjukkan jalan Allah dan rasulNya, dia tidak ingin menurutnya, dan tidak mahu menundukkan kepala kepada terhadap petunjuk Allah dan rasulNya, tetapi jika disampaikan sesuatu dari seorang yang memang dia suka kepadanya padahal orang itu boleh jadi betul dan bolah jadi salah, maka dia terus mematuhinya dengan penuh hati dan tidak akan menyalahi permintaannya, orang yang jika anda membacakan kepadanya Al-Quran tidak sedikit pun berkesan dihatinya, dan barangkali dia tidak senang mendengar bacaan Al-Quran itu, tetapi jika dia mendengar bacaan syaitan, pujuk rayu zina, dan kata-kata nifak, hatinya merasa gembira, riang, dan senang sekali, dan dia berharap kalau bolehbiarlah orang itu bercerita terus, jangan berhenti, orang yang bersumpahdengan nama Allah tetapi dia berdusta, andaikata dia bersumpah dengan selain Allah, atau dia membersihkan dirinya dengan menyebut nama tuan gurunya, atau kerabatnya, atas nama si pahlawan, atau atas hayat orang yang disukainya, atau orang yang diagungkannya daripada makhluk, dia tidak berdusta meskipun dia diugut dan diseksa, orang yang bermegah melakukan maksiat, suka memperbanyakkan maksiatdi antara teman-temannya iaitu orang yang suka menceritakan dirinya dalam melakukan maksiat, orang yang tidak boleh dipercayai dalam hartamu dan kehormatan dirimu, orang yang suka berkata kotor, orang yang kerap ditakuti orang ramai kerana takutkan bahayanya dan kekejian lidahnya, orang yang suka melewatkan sembahyangnya hingga ke akhir waktunya, kemudian dia mencepatkan penunaian sembahyangnya, dan tidak pula mahu berzikir kepada Allah melainkan sedikit sekali, orang yang tidak menunaikan zakat hartanya dengan hati yang rela, tidak naik haji padahal sudah cukup syarat, tidak menunaikan segala yang diwajibkan Allah ke atas diranya padahal dia mampu dan berkuasa, tidak berwara’ sekejap mata pun, tiada dari kata-katanya, atau dari makan minumnya, tiada dari jejak langkahnya, tidak mahu mengambil berat akan harta yang didapatinya, sama ada halal atau haram, tidak suka membantu kaum keluarganya, tidak tahu membelas kasihani orang miskin atau janda, atau anak yatim, ataupun binatang, bahkan selalu membelakangi anak yatim, tidak mahu memberikan makan kepada orang miskin, sentiasa berpura-pura dan riya’ kepada sekalian manusia, tidak suka membantu orang lain, selalu menyebarkan keaiban orang lain serta menyembunyikan keaiban diri sendiri, suka mendedahkan dosa orang lain serta menyembunyikan dosanya sendiri, maka sekalian orang-orang ini dan orang-orang yang seumpama dengannya akan diseksa di dalam kubur mereka disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan itu, yang banyak seksanya banyak, yang sedikit seksanya sedikit. Begitu juga yang kecil, seksanya ringan; dan yang besar seksanya berat.

Lantaran kebanyakkan manusia mempunyai sifat-sifat atau dosa-dosa ini, maka kebanyakkan ahli kubur itu akan diseksa, dan yang terselamat daripadanya amatlah sedikit sekali. Hakikat kubur itu pada zahirnya ialah tanah yang menutupi lubang kubur, yang didirikan di atasnya batu-batu berukir indah, akan tetapi pada batinnya pula ialah penuh dengan kesengsaraan dan berbagai-bagai bala kebencanaan, diumpamakan seperti periuk yang menggelegak dengan apa yang terisi di dalamnya, dan apa wajar diterimanya, sedang manusia yang berada di dalamnya itu telah terpisah di antaranya dengan syahwatnya dan cita-citanya.

Demi Allah, seolah-olah kubur itu telah memberi kita nasihat yang tidak pernah ada seorang penasihat pun yang dapat memberikan kita nasihat yang seumpamanya. Dia telah melaungkan seruannya : wahai pembangun dunia! Kamu telah membangunkan sebuah rumahyang kira-kira akan menghapuskan kamu, sedang kamu telah memusnahkan rumah yang lain, yang mana kamu akan segera berpindah kepadanya! Kamu telah bersusah payah membangunkan rumah-rumah yang manfaatnya dan kegunaannya untuk orang lain, sedang kamu memusnahkan pula rumah-rumah yang nanti kamu tiada memiliki rumah-rumah yang lain daripadanya! Inilah dia rumah permulaan, gedung tempat isi segala amalan dan ladang tempat menaruh benih tanam-tanaman. Ingatlah kubur itu pula adalah tempat kita mengambil contoh tauladan, yang mana ia akan menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, ataupun suatu lubang dari lubang-lubang neraka.

Sebab Musabab Yang Bakal Menyelamatkan Manusia Daripada Seksa Kubur

Ada dua : secara ringkas dan terperinci
Adapun yang ringkas iaitu menjauhkan semua sebab musabab yang boleh menyebabkan seksa kubur itu sendiri. Sebaik-baik caranya hendaklah seseorang itu, apabila dia ingin tidur, duduklah sebentar kerana Allah di mana dia harus mencuba menghisab dirinya, tentang apa yang dia rugi, dan apa yang dia untung pada hari itu. Kemudian dia cuba pulamemperbaharui taubat nasuhanya kepada Allah taala. Kemudian barulah dia tidur di atas taubatnya itu, seraya berjanji tidak akan kembali melakukan dosa yang sama lagi pada masa akan datang. Hendaklah dia melakukan serupa itu pada setiap malam sebelum dia tidur. Kelak jika dia mati pada malam itu, insyaAllah dia akan mati di dalam taubat.


Begitu juga apabila dia bangun di waktu paginya, dia akan menghadapi kerjanya dalam keadadan gembira ria, sehinggalah dia menghadapi Tuhannya, dan memperbaiki diri terhadap apa yang telah luput daripadanya. Sebenarnya tiada sesuatu yang lebih bermanfaat kepada seorang hamba itu daripada tidur yang disertakan dengan taubat yang nasuha. Dan adalah sangat baik sekali apabila dibawakan selepas taubat itu berzikir kepada Allah, dan membacakan beberapa doadan wirid yang diajarkan oleh Rasullah s.a.w. untuk membacanya ketikahendak tidur, sehingga dia lelap dan tertidur. Siapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan yang banyak, nescaya diberikanNya taufiq untuk melakukan yang demikian. Tiada kuasa dan tenaga melainkan dengan Allah semata-mata.

Adapun jawapan yang terperinci, di sini disertakan sekalibeberapa hadis daripada Rasullah s.a.w. mengenai perihal yang boleh menyelamatkan kita daripada seksa kubur.

Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya daripada Salman r.a. katanya : aku telah mendengar Rasullah s.a.w berkata : “pergi berperang sehari semalam adalah lebih utama daripada puasa sebulan dan bangun pada malam-malamnya. Jika dia mati, diberikan pahala ke atas amal yang sedang melakukannya itu, dan diberikan kepadanya rezekinya, dan dia akan terselamat dari fitnah kubur.”

Di dalam Jami’ At-Termidzi daripada hadis Fudhalah bin Ubaid daripada rasullah s.a.w. sabdanya : “setiap mayat itu diakhiri dengan amalnya yang ia mati padanya, kecuali orang yang mati pada sabilillah, maka amalnya akan berkembang baginya hinggalah ke hari kiamat, dan dia akan terselamat dari fitnah kubur.”

Pada Sunan An-Nasa’I daripada Rusyd bin Sa’ad, daripada seorang lelaki, dari para sahabat Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepadanya : “wahai Rasullah! Mengapa kaum Mu’minin itu mendapat fitnah di dalam kubur mereka, kecuali orang yang mati syahid sahaja? Jawab baginda : memadailah kilau-kemilau pedang-pedang di atas kepalanyamenjadi fitnah kepadanya.”

Daripada Al-Miqdam bin Ma’dikariba katanya : telah bersabda Rasullah s.a.w. : “bagi si syahid di sisi Allah Taala ada enam perkara : Allah akan mengampunkan baginya pada titik pertama dari darahnya, diperlihatkan tempat duduknya dari syurga, diselamatkan dari seksa kubur, dia akan diselamatkan dari ketakuatan hari yang terbesar serta diletakkan di atas kepalanyamahkota ketenteraman, sebiji yakut (permata) daripadanya adalah lebih utama dari dunia dan apa yang ada didalamnya, kemudian dia akan dikahwinkan dengan tujuh puluh dua isteri daripada huruf-ain (bidadari) dan diberikan syafaat pada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.”