Tajuk: Puasa

Puasa adalah satu di antara lima rukun Islam yang harus diketahui dan dilaksanakan oleh setiap orang Muslim. Oleh sebab itu, ketentuan-ketentuan hukum tentangnya serta syarat-syarat yang berkaitan dengan kesempurnaanya sudah sepatutnya dipelajari dengan saksama. Tanpa itu, amal ibadat kita dikhuatiri menjadi sia-sia. Puasa dijadikan sebagai benteng kukuh bagi para wali-Nya, yang juga sebagai anak kunci yang dengannyalah dia dapat membuka pintu syurga untuk mereka sendiri. Mereka dijelaskan bahawa syahwat hawa nafsu yang ada dalam didi mereka adalah satu jalan bagi syaitan untuk menipu dan memperdaya. Dengan itu, keupayaan untuk menahn nafsu itu akan membuatkan jiwa mereka tenang dan damai serta mempunyai kekuatan untuk mematahkan kekuatan musuh mereka, syaitan.
Antara kelebihan-kelebihan puasa ialah puasa dikatakan sebagai satu perempat iman yakni yang sering kita katakan puasa adalah sebahagian daripada iman. Selain itu, ganjaran puasa ialah Allah Subhanahu wa ta’ala sendiri.apa yang diperkatakan dengannya ialah setiap perbuatan kebaikan akan mendapat ganjaran pahala sehingga sepuluh kali ganda tetapi tidak kepada puasa kerana pahala bagi puasa adalah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala sendiri. Selepas itu, kelebihannya ialah bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum daripada bunga kasturi. Hal ini kerana, pahala orang yang berpuasa tiada batas jadi mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada musk (kasturi) . Selain itu, orang yang berpuasa mempunyai laluannya tersendiri seperti Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . pernah bersabda bahawa syurga mempunyai pintu yang di namakan sebagai Rayyan yakni pintu itu hanya dilalui oleh orang-orang yang berpuasa sahaja. Kemudian, kelebihan berjumpa dengan Allah. Nabi pernah bersabda bahawa orang-orang yang berpuasa akan berasa gembira sekali ketika berbuka puasa dan sekali lagi ketika berjumpa dengan Allah Subhanahu wa ta’ala . Puasa juga adalah pintu kepada ibadat. Hal ini kerana setiap suatu perkara mempunyai pintu dan pintu ibadat ialah puasa. Tidur orang yang berpuasa juga dikira sebagai ibadat. Kelebihan seterusnya ialah, pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dibelenggu pada bulan ramadhan. Pada bulan ramadhan, pintu neraka akan ditutup dan syaitan dibelenggu pada masa itu jadi sesiapa yang ingin berbuat kebaikan maka datanglah melakukan kebaikan. Selain itu, darjat puasa adalah sama dengan zuhud. Allah membanggakan kedua-dua pelaku ini dihadapan para malaikat tambahan lagi orang yang berzuhud tentang kesenangan duniawi. Yang terakhir ialah pahala orang yang berpuasa tiada batas nya. Allah telah berfirman bahawa Allah akan melimpah kan sebanyak-banyak pahala kepada orang yang berpuasa sampai tidak terkira jumlahnya.
Seterusnya adalah kelebihan-kelebihan bulan ramadhan. Rasullulah pernah berkhutbah yang mana “ wahai manusia, telah datang satu bulan yang mulia dan agung, bulan yang paling diberkati yang mana terdapat di dalamnya satu malam yang tersangat besar kelebihannya daripada seribu bulan. Inilah bulan yang mana Allah mewajibkan pada siang harinya berpuasa dan dia telah menjadikan tarawikh sebagai sunnah di malam itu. Barang siapa yang melakukan amalan fardu, maka ia akan memperolehi ganjaran sebanyak tujuh puluh kali amalan fardu yang dilakukannya pada masa-masa lain. Sesungguhnya ini ialah sebuah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah syurga”. Selain itu, bagi sesiapa yang meringankan beban keatas hamba-hambanya, maka Allah akan mengampuni dan membebaskannya daripada azab api neraka. Meringankan beban seperti yang diperkatakan ialah memberikan sesuatu kepada orang yang berpuasa bagi mebuka puasanya walaupun dengan hanya seteguk air dan sebiji tamar. Hal ini kerana Allah akan memberikan ganjaran kepada orang yang memberikan minuman kepada orang yang berpuasa untuk membuka puasa dengan membenarkannya minum air daripada telaga-Nya yang mana dengan sekali minum dia tidak akan merasa dahaga lagi. Kemudian Allah berfirman dan menjadikan para malaikat sebagai saksi dimana Allah akan memberikan ganjaran keampunan kepada hambanya yang telah menyempurnakan puasa dan telah terpaksa berdiri bersembahyang di waktu malam.
Tentang kewajipan-kewajipan dalam ibadat puasa ialah seperti berniat puasa, menahan diri dari makan atau minum secara sengaja dengan keadaan yang sedar bahawa dirinya sedang berpuasa, menahan diri daripada muntah dan menahan diri daripada melakukan jima’. Kewajipan dalam berniat puasa ialah seseorang mestilah berniat puasa di malam hari sebagai persediaan untuk berpuasa pada esok hari. Jika seseorang itu mahu berniat puasa sekaligus untuk sebulan pun tidak menjadi masalah. Seseorang juga boleh berniat puasa pada siang hari kecuali berniat puasa sunat sekiranya seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasanya itu tetapi dengan syarat sebelum waktu zohor sahaja. Jika seseorang itu berniat puasa fardu tanpa menyebut perkataan ramadhan, maka puasanya itu terbatal. Jadi haruslah berniat “puasa fardu bulan ramadhan”. Menahan diri daripada makan atau minum secara sengaja boleh membatalkan puasa seseorang itu. Tidak batal pula jika seseorang itu berkumur dan tertelan sedikit air asalkan ianya adalah secara tidak sengaja dan bukan disengajakan. Menahan diri daripada muntah, jika seseorang termuntah disebabkan bukan keinginannya adalah tidak terbatal puasanya. Berkenaan dengan kahak pula, jika kahaknya itu belum melewati tekaknya lagi atau baru berada di dadanya, hal itu tidak membatalkan puasa. Tetapi jika kahaknya itu sudah berada didalam mulut dan seseorang itu menelannya kembali akan terbatal lah puasanya. Selain itu, bagi hokum orang-orang yang berpuasa adalah seperti qadha’, kaffarat, fidyah, dan imsak pada hari berbuka puasa. Qadha’ puasa hendaklah dilakukan sekiranya seorang wanita itu haid pada bulan ramadhan, dia hendaklah mengqadha’kan puasanya selama mana yang dia tinggal sebelum itu pada hari yang lain. Tidak terkecuali pada orang yang murtad dan memeluk islam kembali, dia hendak lah mengqadha’kan puasa selama mana dia murtad dahulu. Orang-orang mukallaf yang meninggalkan puasa tanpa ada sebab uzur juga hendaklah mengqadha’kan puasanya. Fidyah ataupun boleh disebut sebagai tebusan adalah wajib keatas wanita hamil ataupun yang sedang menyusui dimana sekiranya dia berpuasa hal ini akan menjejaskan kandungannya dan kesihatan bayinya. Jadi, jumlah fidyah yang perlu diberikan ialah satu mud kepada orang miskin untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Seterusnya ialah orang yang sudah lanjut usia nya, dimana dia terasa berat untuk berpuasa yang akan mengganggu kesihatan nya dalam usia yang tua. Jadi, dia dikehendaki mengantikannya dengan satu mud setiap hari.
Orang-orang yang berpuasa hendaklah mencantikkan puasanya dengan menjaga dan mengamalkan sunah-sunah atau perkara-perkara yang sering dilakukan oleh Rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam tempoh ibadat puasa. Jika sesiapa yang mengerjakan ibadat puasa ini, dia akan memperolehi pahala yang lebih. Enam amalan yang disunatkan ketika berpuasa ialah mengundurkan makan sahur, menyegerakan berbuka dengan memakan kurma atau minum air sebelum solat maghrib, tidak bersugi setelah waktu tengah hari, berbanyakkan bersedekah, membaca al-quran dan beri’tikaf di masjid terutama pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan ramadhan. Makan sahur adalah perkara sunnah Rasullulah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan dengan melewat-lewatkan bersahur juga. Terdapat kelebihan-kelebihan tentang bersahur dan melewat-lewatkan bersahur kerana hal ini telah diriwayatkan di dalam hadis. Ibnu Hajar di dalam ulasannya terhadap Sahih Bukhari telah menyebut mengenai beberapa alas an yang menjadikan bersahur adalah diberkati adalah seperti dengan bersahur, kita dapat mengamalkan satu daripada sunnah. Melalui berpuasa juga kita dapat menentang cara-cara yang dilakukan oleh Ahlul-Kitab, yang mana kita disuruh supaya menentangnya di setiap masa. Menyedikan kekuatan untuk beribadat. Selain itu, dapat meningkatkan lagi keikhlasan untuk beribadat, kemudian ia dapat menolong menghilangkan kemarahan yang biasanya terjadi hasil daripada berpuasa dan juga diwaktu sahurlah kebanyakkan doa diperkenankan. Pada masa sahur, seseorang itu mempunyai peluang dan kesempatan untuk mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala dengan berzikir dan mengangkat tangannya kepada Allah dengan berdoa. Seterusnya ialah cara-cara dalam menggunakan masa dalam bulan ramadhan. Kita boleh bertilawah al-quran, membaca kalimah taiyibbah, memuji allah, beristighfar dan berselawat, sentiasa bersabar, bersimpati kepada yang kurang bernasib baik, dan perbanyakkan beristighfar. Tilawah al-quran sering dilakukan pada bulan puasa. Seperti yang kita lihat, pertandingan tilawah al-quran sering dianjurkan pada bulan puasa. Jadi, puasa kita telah dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kita juga digalakkan membaca beberapa helai muka surat al-quran bagi mengisi masa lapang kita ketika bulan ramadhan. Se[perti yang kita tahu, pekerjaan pada bulan ramadhan selalunya diringankan sedikit, jadi kita mempunyai masa untuk bertilawah al-quran. Selain itu, dengan duduk bersahaja, kita juga boleh membanyakkan membaca istighfar memuji allah. Dengan ini dapat mendekatkan diri kita dengan yang maha esa. Memperbanyakkan membaca kalimah tayibbah dan memohon syurga dan perlindungan daripada azab api neraka kerana doa kita dapat dimakbulkan pada bulan ramadhan tetapi dengan jiwa yang tulus tunduk kepadanya sahaja. Kita juga perlulah sentiasa bersabar jika berlaku kesusahan kerana nescaya allah akan menolong setiap hambanya yang berada dalam kesusahan. Selain itu, mestilah bersabar bertarawikh pada setiap malam untuk mendapat rahmat daripada allah. Perbanyakkan bersabar kerana tarawikh mempunyai banyak rakaat yang perlu dilakukan. Kita juga perlulah mengorbankan makan dan minum pada bulan ramadhan semata-mata untuk mendapat keredhaan daripada allah. Kemudian, bersimpati kepada yang kurang bernasib baik. Kumpulan orang yang kurang bernasib baik ialah seperti orang yang susah dari segi wang ringgit, anak-anak yatim piatu dan sebagainya. Kita juga di haruskan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan kerana boleh meringankan beban yang di tanggung oleh orang itu. Rasullulah pernah bersabda dimana jika kita memberi makan kepada hambanya maka kita akan mendapat ganjaran pahala. Memberi makan bukanlah bermaksud member makanan yang mewah-mewah tetapi dengan hanya seteguk air pun sudah mencukupi asalkan bernita membantu orang yang susah itu tadi. Membantu anak-anak yatim piatu pula ialah dengan menziarahi mereka, berbuka puasa bersama mereka seterusnya dapat mengubat rindu mereka kepada orang tua mereka yang sudah tiada dan membuatkan mereka rasa dihargai. Yang terakhir ialah memperbanyakkan istighfar. Hadis ada meriwayatkan bahawa barang siapa membaca istighfarsebanyak-banyaknya maka allah akan membuka kelapangan baginya daripada segala kesusahan dan melepaskannya daripada segala kesedihan dan juga dia akan mendapat rezeki daripada sumber yang tidak dapat diketahui. Dalam hadis yang lain pula ada menyatakan bahawa setiap orang adalah pendosa tetapi pendosa yang terbaik ialah yang bertaubat dan memohon keampunan.
Seterusnya ialah peringkat-peringkat puasa. Seperti yang kita tahu, peringkat puasa ialah puasa yang umum, puasa khusus dan puasa yang khusus daripada yang terkhusus. Puasa umum ialah menahan diri daripada nafsu makan dan nafsu seksual seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Puasa khusus pula ialah puasa sampingan dan ia juga mestilah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, serta seluruh anggota badan yang boleh mendatangkan dosa. Sedangkan puasa yang terkhusus daripada puasa yang khusus ialah puasanya hati dari niat-niat yang rendah dan fikiran-fikiran duniawi serta memalingkan diri secara keseluruhan dari segala sesuatu selain allah Subhanahu wa ta’ala . Puasa seperti ini dianggap batal dengan tetumpunya fikiran kepada sesuatu selain allah dan hari akhirat. Atau dengan memikirkan tentang dunia, kecuali sesuatu dari dunia ini yang dimaksudkan untuk keperluan agama yang demekian itu termasuk bekalan akhirat dan tidak termasuk bekalan kehidupan dunia. Puasa ini dapat dicapai dengan menahan anggota-anggota tubuh dari perbuatan-perbuatan yang mendatangkan dosa. Dan untuk kesempurnaanya hendaklah melalui enam perkara iaitu yang pertama dengan menundukkan pandangan mata serta membatasinya sedemikian sehingga tidak tertuju kepada segala yang tercela atau yang da[pat menyibukkan hati dan membuatnya lalai dari mengingati allah. Yang kedua pula ialah menjaga lidah dari ucapan-ucapan sia-sia, dusta, mengumpat, fitnah, caci maki, menyinggung perasaan orang lain, menimbulkan pertengkaran dan melakukan perdebatan yang tiada kesudahan dan sebagai gantinya hendaklah ia memaksa lidahnya agar diam serta menyibukkanna dengan zikir kepada allah dan tilawah al-quran. Yang ketiga ialah menahan pendengaran dari mendengarkan segala sesuatu yang dibenci oleh agama sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, haram pula di dengarkan dan kerana itu allah Subhanahu wa ta’ala menyamakan antara orang yang sengaja mendengarkan sesuatu yang diharamkan dan orang yang memakan harta yang haram. Yang keempat pula ialah mencegah semua anggota tubuh lainnya dari perbuatan haram yakni tangan dan kaki dicegah dari melakukan atau menuju kepada segala yang haram dan demikian pula mencegah perut agar tidak dimasuki makanan yang syubhat terutama pada waktu berbuka. Yang kelima pula ialah mencukupkan makan ketika berbuka puasa dengan makanan yang halal sekadarnya sahaja dan jangan terlalu kenyang sehingga perutnya penuh dengan makanan kerana tidak ada perut yang lebih dibenci allah Subhanahu wa ta’ala daripada perut yang penuh dengan makanan. Yang terakhir ialah hendaknya hatinya setelah selesai berbuka sentiasa terpaut fan terumbang ambing antara harap dan cemas sebab ia tidak tahu apakah puasanya diterima sehingga ia termasuk golongan muqarrabin (orang yang mendekatkan diri kepada allah) ? ataukah ditolak sehingga ia termasuk golongan mamqutin (orang yang dibenci olehnya) ? Perasaan seperti itulah yang sepatutnya menyertai dirinya pada setiap saat selesai melakukan ibadat.
Anjuran mengerjakan puasa sunnah lebih ditekankan pada “hari-hari yang memiliki keutamaan”. Hari-hari seperti itu adakalanya terdapat disetiap tahun, setiap bulan ataupun setiap minggu. Dalam bulan-bulan yang utama ialah dzulhijjah, muharram, rejab dan sya’aban. Dan yang paling utama diantara semua itu ialah bulan dzulhijjah disebabkan berlangsungnya ibadat haji dibulan itu. Puasa-puasa bulanan pula ialah adapun hari-hari puasa yang berulang setiap bulan ialah awal bulan, pertengahannya dan hari-hari terakhirnya. Termasuk dalam pertengahannya yang biasa disebut “hari-hari putih” (yakni yang malamnya diterangi sinar bulan) iaitu tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas. Puasa-puasa mingguan pula ialah adapun hari-hari puasa yang berulang setiap minggu ialah hari isnin, hari khamis, dan hari jumaat. Inilah hari-hari yang dianjurkan ouasa kepadanya di samping memperbanyakkan perbuatan-perbuatan kebajikan dan hal ini dapat melipatgandakan pahalanya kerana keberkatan waktu-waktu tersebut. Puasa sepanjang masa pula ialah adapun puasa sepanjang masa adalah meliputi semua waktu yang dianjurkan berpuasa padanya bahkan melebihinya.

..............................................................
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
Malaysia
013-4006206
011-1070-4212
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
abdazizharjin.blogspot.com